Home > February 2009
February 2009
Pesan Imam Ghazali
Bismillah... Ini setakat renungan... Fikirkanlah... Tepuk dada, tanya iman...
1) Andai kaulihat seorg kanak2, anggaplah dia lebih mulia dr mu krn dia masih suci, tidak bergelumang dgn dosa. Sdgkan kita sering mengingkari perintah-Nya.
2) Andai kaulihat seorg tua, anggaplah dia lebih mulia dr mu krn dia sudah lama beribadah. Sedangkan kita sering alpa dgn hiburan.
3) Andai kaulihat seorg yg berilmu, anggaplah dia lebih mulia darimu krn nilai ilmu nya membuatkan dia tawadhu', sdgkan kita, membangga diri wlu ilmu sedikit.
4) Andai kaulihat seorg yg jahil, anggaplah dia lebih mulia dr mu krn dia membuat maksiat dlm keadaan jahil, sdgkan kita membuat maksiat dlm keadaan mengetahui.
5) Andai kaulihat org kafir, berdoalah kepada Rabbmu, agar dia diberi hidayah utk memeluk Islam dan akan mulia bersamamu..
Jadi, anggaplah, setiap org itu mulia jika dia ikhlas kerana Allah.. Jauhilah riak krn ia adlh syirik kecil.. Sesungguhnya, Allah sahaja yg layak menerima pujian.. Subhanallah... Bittaufiq wannajah buat semua utk UB1 nanti...
rama2 pon adekehidupan~
Suatu hari Arman duduk di tingkap melihat sebiji kepompong tergantung-gantung pada ranting pokok bunga. Kanak-kanak berusia lapan tahun ini memerhatikan lubang kecil yang terdapat pada kepompong tersebut. Setelah beberapa jam menanti, keluar kaki-kaki halus seekor rama-rama dari lubang berkenaan. Tanpa berputus asa rama-rama menolak badannya keluar tapi kelihatan amat payah sekali untuk meloloskan diri. Akhirnya rama-rama itu berhenti . Ia tidak berdaya lagi. Kasihan melihat serangga itu, Arman mengambil gunting dan membesarkan lubang kepompong tersebut. Keluarlah seekor rama-rama cantik tapi sayapnya terkatup. Arman menanti rama-rama itu mengembangkan sayap yang bewarna kuning, biru dan hitam. Dia tidak sabar hendak melihat serangga berkenaan terbang dari kuntuman bunga ke bunga yang lain untuk menghisap madu. Tapi apa yang Arman harapkan tidak tertunai. Rama-rama itu terlalu lemah. Ia hanya boleh merayap dari ranting-ranting, mengheret badannya yang besar penuh sukar. Akhirnya ia jatuh ke tanah.
Niat Arman memang baik tapi anak-kanak itu tidak faham fitrah perjalanan hidup ini. Secara semula jadinya rama-rama memerlukan masa berjam-jam sebelum berjaya keluar. Pergelutan itu adalah proses semula jadi supaya badan dan sayapnya cukup kuat apabila bebas dari kepompongnya. Rama-rama yang keluar dari kepompong sebelum sampai waktunya samalah seperti bayi yang lahir tidak cukup bulan. Begitulah kehidupan ini.Perjuangan dan tekanan itu amat penting. Jika semuanya berlaku dengan mudah tanpa sebarang rintangan, ia akan membuatkan kita lemah. Kita tidak akan menjadi kuat, matang dan bertenaga untuk mengharungi hidup ini. Malah kita tidak boleh terbang langsung.
Oleh itu,jadikanlah setiap rintangan sebagai satu peluang untuk kita terus mengorak langkah positif dalam menghadapi hidup.
~alhamdulillah~
shoutmix
shoutmix.
sungguh bermasaalah.
gadoh ke?
ana tutup sekejap ye.
*harap maaf.*
p/s: nk tuka layout ke? seorang hamba ALLAH itu minta.