Home > Tazkirah

Tazkirah

Taubat Seperti Detergent, Sangat Bersih!

Tuesday, February 28, 2012 Category : 1


assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH kita membaca...

Persoalan: Hari ini dah berapa kali istighfar? Sebelum tidor, pernah tak muhasabah diri? Dalam seumur hidup kita, berapa kali kita buat solat taubat?

Muhsin: Mak! mak tolong basuhkan baju along nih, lupe nak basuh hari tuh..
Mak: mane baju nye **sambil terhidu2 bau yg masam**
Muhsin: nah.. sebenarnya dah sminggu tak basuh :)
Mak: MasyaAllah! kotornya! dahlah berlumpur pastu busuk plak tuh! main ape nih?!
Muhsin: maen bola **rase malu**

Jadi, apa kaitan cerita kat atas? Bayangkan..
Baju = Hati kita
Kotoran = Dosa2 kita
Seminggu tak basuh = Tempoh kita tak bertaubat
Main bola = perbuatan dosa kita
Mak marah = Allah sgt Murka!

Dapat?

Bila kita berdosa maka timbullah satu titik hitam dalam hati kita. Relaxlah, sikit je! Ok, fine! Satu titik je kan?! Kalau buat dosa lagi, tambah satu titik lagi kan?! Kalau dah banyak dosa kita buat?!...

Orang melayu kata:
"Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain"

TERbuat dosa tak apa, tapi kena istighfarlah. Macam yg biasa kita buat slps solat (kalau tak tau juga memang kena masuk sekolah agama balik lah). Sebab tulah kene byk2 beristighfar tiap hari.

Istighfar atau nama lain, mohon ampun, pon boleh hapuskan dosa, tapi cukup tak untuk bersihkan hati kita yg terlampau kotor (kalau dah berdosa besar sgt) ??

Muhsin: Mak! nape baju ni tak bersih2 lagi? dah basuh ngan air byk kali..
Mak: tak guna sabun?
Muhsin: oh! terlupe..

Istighfar tu ibarat air. Boleh membersihkan tapi tak cukup power lah. Jadi, kita gunalah sabun basuh baju supaya ia betol2 bersih, kan? Macam tulah juga TAUBAT! Yeah!

Besar mana pon dosa kita, kalau kita bertaubat dgn seIKHLASnya, insyaAllah akan dihapuskan dosa2 tuh.

Kalau Rasulullah yg maksum pon bertaubat setiap hari, kita yg berdosa nih??..

Fikirkanlah dgn akal yg Allah beri..
Mudah-mudahan hidayah tersampai kpd kita..

Wallahua'lam..


We're not Ordinary Tenagers

Sunday, September 4, 2011 Category : 0


Batch 14: Wake up and be aware! Stop being a tame cat. Shift your paradigm and start being a lion. Let's unite the ummah.

Wednesday, June 29, 2011 Category : 0

"The world is a profound ocean and can easily pull you down, immerse and sink you… Make Islam your ship to sail out safely, make imaan your cargo, and make taqwa the sail and hikma and ilm its sailor, and sabr it’s passengers."
Imam Musa Kazim (as)


reemy1:  LOL!

Anger.

Category : 0

“Anger is one of the factors that cause depression and sadness. The following are some of the ways of controlling your anger:

  1. Combat feelings of anger as if anger itself is your enemy.
  2. Make ablution. Since anger is an ember of the fire, it can be extinguished by water.
  3. If you are standing, sit; and if you are sitting, lie down.
  4. When you are angry, remain silent.
  5. Remind yourself of the rewards of those who repress their anger and of those who forgive. “

Don’t Be Sad - Dr. A’id al-Qarni

Monday, June 27, 2011 Category : 0

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
(al-‘Asr 103:1-3)
renung-renungkanlah~

Sahabat Terhebat

Wednesday, June 8, 2011 Category : 0

Kuimpi sahabat terhebat
Namun kusedari bahawa diri ini perlu memulakan
Bukanlah sepatutnya mohon orang berkorban kuat
Tetapi diri ini yang perlu awalnya dikerahkan

Persahabatan bukan hanya wujud di dalamnya manusia dan manusia
Bahkan Pencipta Manusia juga ada dalam hubungan
Sebagai pengikat dan paksi kepada dua insan
Agar yang memandu hubungan itu adalah keimanan
Bukan nafsu dorongan syaitan

Sahabat terhebat hanya akan muncul
Tatkala takrif pengorbanan difahami
Apakah kita akan menjadi yang menerima,
Atau kita mahu mengejar menjadi pemberi?

Dijanjikan untuk sahabat terhebat itu syurga
Atas pertemuan dan perpisahan yang dilakukan itu hanya keranaNya
Sahabat terhebat itu adalah yang mewujudkan Allah dalam kehidupan sahabatnya
Bersungguh-sungguh berusaha memberikan sahabatnya kejayaan abadi selama-lama

Ramai tidak mampu
Kerna tidak mahu berkorban
Tidak berani melakukan langkahan
Sebab itu ganjaran di atas jalan ini mahal

Aku mahu menjadi sahabat yang terhebat
Tidak peduli apa sahabatku mahu beri,
Aku hanya peduli perkiraan Ilahi
Aku kepada dia adalah tanggungjawab aku kepadaNya,
Manakala dia kepada aku, itu antara dia dan Dia

Oh Sahabat yang terhebat,
Siapakah yang memahaminya,
Rata-rata hanya tahu bermimpi
Tetapi tidak mahu melaksanakannya

~Hilal Asyraf~

Jalan Ini

Saturday, May 28, 2011 Category : 0

Aku memilih satu jalan,
Dan aku percaya bersama dalil yang ada,
Jalan itu kutempuh,
Walau sukarnya menggunung di dalam rasa

Perjuangan ini bukan murah,
Harganya peluh dan darah
Potensi dan tenaga kucurah,
Segala apa yang ada kuhabiskan perah,
Keluar semuanya,
Di atas jalan ini,
Yang menjadi persembahan kepada Dia

Ada waktu lemah datang,
Kala dugaan dan cabaran menggila bertandang,
Tetapi kugagahkan menentang,
Kupujuk diri berkali-kali agar kuat biar kembali berdiri
Kerna percaya dengan janji Yang Maha Penyayang

Maka jalan ini aku lalui,
Untuk saham akhirat diri,
Dan dunia masyarakat di hari nanti
Biar jalan ini penuh duri,
Aku akan tempuhi hingga sampai ke destinasi

~Hilal Asyraf~

Sedikit vs Sikit-Sikit

Sunday, April 24, 2011 Category : 0

Perbezaan 'SEDIKIT' kita dengan Rasulullah SAW...

Rasulullah sedikit tidur
kita sikit-sikit tido

Rasulullah sedikit makan
kita sikit-sikit makan

Rasulullah sedikit marah
kita sikit-sikit marah

Rasulullah sedikit bergurau
kita sikit-sikit bergurau

Rasulullah sikit-sikit beramal
kita sedikit beramal

Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk Islam
kita sedikit pengorbanan

bila kite nak berusaha untuk kejar perbezaan yang "HANYA SEDIKIT ITU"?

Adapted from Mutiara Iman

sultan muhammad al-fateh

Saturday, March 5, 2011 Category : 3




Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq,"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.


Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.


Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.


Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?


Biodata Ringkas


Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.


Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.


Pendidikan


Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.


Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.


Keperibadian


Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.


Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel


Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.


Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.


Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


Melancarkan Serangan ke atas Konstantinopel


Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.


Menara Bergerak


Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.


Bantuan Dari Pope Vatican


Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung


Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.


Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.


Memanjat dan Melastik Dinding Kota


Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.


Karisma Seorang Pemimpin


Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".


Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah "Allahu Akbar"


Penawanan Constantinople


Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.


Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.


Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.


Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

serabut.

Wednesday, March 2, 2011 Category : 1


bismillah..


fikiran serabut? saya tahu, kamu sedang serabut. bagaimana saya tahu? kita kan ada contact-hati...

apa pun, mudah-mudahan, Allah mempermudahkan segala urusan kamu. usah rasa lemas dengan keserabutan itu.

tariklah nafas dan bertenang. jawablah soalan-soalan itu dengan yang terbaik! saya tahu, kamu serabut dengan exam. apa pun, best of luck !

okey, exam dah hampir ke penghujungnya, tapi, fikiran kamu masih serabut! aduh, kalau fikiran dan hati itu asyik serabut, bila masanya hati nak bertenang? ada orang kata, kita akan tenang bila masalah tiada. benarkah? tetapi, ujian itu kan tanda Allah sayang dan ingat pada kita. kalau kita tidak ditimpa masalah?? duduklah sejenak untuk berfikir. kenapa fikiran dan hati kita [ saya, mereka juga kamu ] asyik serabut dan resah tak menentu? kadang-kadang,kita sendiri tak tahu apa masalahnya, tapi, sampai tak tidur malam gara-gara kita asyik fikirkannya! aduhai.. seksanya jiwa..


pakar psikologi cakap, kita boleh tenang dengan tersenyum atau melihat orang tersenyum. tetapi, senyuman itu mestilah ikhlas. hish, macam mana nak tahu orang itu ikhlas atau tidak? satu hal lagi, takkan kita nak asyik tengok orang tersenyum je. nanti, kerja sekolah semua terbengkalai. kasihan kat 'tukang senyum' tu.. tetapi, lebih kasihan kat kita bila kena marah dengan ustaz atau ustazah sebab tak siapkan kerja sekolah. tak ke beban tu? aiseh.. bilalah hati nak tenang.. [ kalau kita tak jumpa orang tersenyum, carilah cawan 'smiley'.. tetapi, tak ke pelik kalau orang lain tengok kita senyum kat cawan? ]


orang barat pula kata, kita perlukan 'pil penenang' untuk dapatkan hati yang tenang. huh! makan pil? kalau sebijik satu hari, boleh dikira okey. tetapi, kalau kena makan pil itu 5 kali sehari, tak ke susah tu..lebih menyulitkan, kita kena makan 3 biji setiap kali. bayangkan : 5x3=15 biji sehari. kalau seminggu? tak ke bankrupt duit poket kita. rasa pil pulak pahit.. Astaghfirullah.. [kalau rupa pil tu macam kat gambar tu,sanggup juga ditelan walau rasanya pahit. tetapi, ada ke ubat rupa macam tu?? ]


aduhai.. apa susah?kalau rasa hati tidak tenang, serabut, resah tidak tentu pasal, pergilah ambil wudhu'. selepas itu, tunaikan solat. bermunajatlah. sujudlah. rendahkan hati. tundukkan jiwa. yakinlah, Allah itu dekat,sangat dekat.

28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. [arRa'd : 28]


mengapa kamu perlu meminta kepada yang lain sedangkan kamu tahu DIAlah YANG MAHA BERKUASA

mengapa kamu perlu bergantung kepada ciptaan,bukan kepada SANG PENCIPTA

mengapa kamu perlu resah sedangkan kamu tahu ALLAH itu ADA..

Powered by Blogger.