Home > August 2009
August 2009
Penghina Islam kian berani
Oleh NORAINI ABD. RAZAK
Jangan bersedih.
salam.
ana ingin kongsikan 1 video clip yang makcik ana buat.
video hasil dari buku LA-TAHZAN [jangan bersedih]
sile sile tengok. :D
ramadhanku
Assalamualaikum,
sempena ramadhan ni, cube bce cerita ni, best!
ambillah pengajaran drnya, moga bermanfaat utk semua
selamat membaca!
Hari itu, kira-kira jam 5 pagi, si Asid tiba-tiba tersedar dari tidurnya apabila melihat sesuatu turun laju dari atas. Dia terkejut melihat nasi bercampur ayam goreng yang tiba-tiba masuk kebiliknya sebelum waktu subuh . Apabila ada makanan, maka bermakna mereka diarahkan berkerja oleh tuannya yang bernama manusia.
Lalu si Asid menjerit mengejutkan dua rakan karibnya. “ Oiii Enzim, Bakteria…..bangun, bangun!. Enzim dan Bakteria terpinga-pinga. “ Apahal ni Asid, pukul berapa ni?, tanya Enzim pada Asid. “ Pukul 5 pagi, tuan kita ni tiba-tiba je hari ni suruh kita berkerja”, jawab si Asid bersungguh-sungguh.
“ Alamakkk, apahal pulak tuan kita ni, selalunya shift keja kita mula kita 8 pagi, hari ni pulak kerja awal, mimpi apa bos kita malam tadi, leceh betullah”,Bakteria menyampuk dan mengeluh.
Dalam keadaan terpaksa mereka bertiga melakukan tugasan masing-masing. Bertugas dalam keadaan tergesa-gesa dan jarang dilakukan pada waktu begini. Enzim dan Asid masih merungut-rungut.
Menjelang jam 2 petang, mereka semakin hairan apabila tuannya tidak menyuruhnya berkerja. “ Eh, kenapa tak ada makanan masuk ye, tadi jam 10 pagi tak ada jugak, tuan kita ni tak ada duit ke?, keluh si Asid.
Tiga jam kemudian, si Asid mengeluh lagi, “ Wah, lama betul kita rehat hari ni, air kosong pun tak masuk, jom kita relak dan menyanyi! Mereka bertiga pun menyanyi dan menari. Masing-masing mengutuk antara satu sama lain kerana suara sumbang mereka. Lagu yang tiada irama dan tiada melodi. Kriookk, kreekk, krukkk. Kata si Enzim, “ Kita mana tau lagu lain, dari kecik lagu ni je yang kita tahu!
Jam sudah menunjukkan hampir 7.30 malam. Tiba-tiba Asid menjerit kuat. “ Tolongggg, tolongggg….. “ Apahal kau ni Asid!, sergah Enzim.
“ Kau tak nampak ke tu, bermacam-macam makanan dan air masuk dalam bilik kita ni. Tadi kita seronok tak ada kerja. Kalau banyak macam ni, 6 jam pun tak abis kita kerja malam ni, bos kita dah tidur tapi kita masih berkerja”, kata Si Asid dengan muka berkerut. Bakteria kaget dan terdiam.
“ Ya lah, ada macam-macam makanan ni, selalunya nasi je, tapi ni ada mee, rojak, karipap. Eh, cendol pun ada”, keluh si Enzim.
“ Betullah, air pun ada dua tiga warna ni, mandi lencunlah kita. Bahaya ooo, ini air pewarna. Malam ni kita kena overtimelah”, sampuk Bakteria. Dia terus merungut dan mengomel, dia terus bersyarah, “ Tapi tak pa, bos kita paksa kita kerja lebih masa, nanti aku pulas usus dia, aku keluarkan gas, nanti kita tenguklah, bos kita akan lama mencangkung dalam tandas, lembiklah dia lepas tu, silap-silap waktu maghrib pun abis
Esoknya, kira-kira pada waktu yang sama, Si Asid menjerit lagi, “ Bangun-bangun! Kita kerja awal lagi hari ini”. Bakteria tersedar dan berkata,” Ooooo…kau orang lupa ke, semalam kita kerja awal, hari ni pun kerja awal, maknanya dah masuk bulan puasalah, bulan Ramadhan”. Asid dan Enzim angguk tanda setuju.
“ Aku nak SMS kawan kita yang lain, nak tanya khabar mereka”, kata Asid. Mereka bertiga terus berkerja pada pagi itu sambil merungut-rungut kerana tidak biasa berkerja pada waktu begitu .Dan seperti Ramadhan yang lepas, biasanya mereka mengambil masa seminggu untuk menyesuaikan diri dengan rutin baru ini.
Tiba-tiba Asid bersuara, “ Kawan kita yang bosnya selalu pergi masjid tu dah jawab SMS. Dia kata dia dah biasa kerja awal pagi ni. Paling tidak sekali dalam seminggu. Dan dia kata, waktu bosnya berbuka puasa, tak banyak makanan, biasa saja dan tak perlu buat overtime. Tak macam kita, bilik kita macam tong sampah. Aku kesian juga kat kawan kita kat bawah tu, Si Usus Besar, padat bilik dia. Bau bilik dia jangan cakaplah.... . ”.
“ Untung ye kawan kita tu, dia dah tak terkejut kerja pada awal pagi. Dia dah lama dapat rehat, seminggu sekali pulak tu. Kita ni berkerja 335 hari tanpa henti , siang malam, 30 hari je dapat rehat. Itu pun rehat waktu siang. Bila bos kita berbuka, teruk kita dibuatnya, bukan dia saja tersandar, kita pun tersandar lebih masa kerja. Lepas tarawih kang ada moreh, kita keja lagi”, kata si Enzim.
“ Hahahaha….gelak si Bakteria. “ Nasib kita lah, sabor je dalam sebulan ni.... nanti bila bulan syawal, bersedialah kita, bukan overtime lagi dah, tapi dah tak ada time untuk kita rehat, macam-macam masuk dalam bilik kita ini, dah nasib kita!!
“ Abih camno, tak dapek den nak nolong eh, tapi harap-harap bos kita dapat dengar keluhan kita ni, lepas Ramadhan ni dia beri kita rehat sikit, kalau tak dapat seminggu sekali, sebulan sekali pun ok dah”, kata si Asid dengan muka serius dan masam. Asid ini memang sifatnya masam.
“ Yolah botul tu, bos kita ingat kito ni mesin ko, mesin pun ado maso rehat eh”, sampuk Bakteria.
“ Aku ada idea, kita pesan kawan kita tu, suruh bos dia ajak bos kita supaya rajin-rajin dengar ceramah agama dan sembahyang berjemaah kat surau tu. Ni tak, bos kita asyik sembahyang kat rumah je. Nanti bila dah dengar ceramah agama, harap-harap dia ubah sikap. Paling tidak dia belajar-belajar puasa sunat, kita dapat rehat”, Si Enzim memberi cadangan.
“ Betul tu! balas Bakteria. “Kau nak tahu tak, semalam aku lepaskan geram kat bos kita sebab dia lambakkan macam-macam dalam bilik kita. Masa dia sujud, aku keluarkan gas, lalu keluar balik cendul hijau kat hidung dia, padan muka kelahap sangat!”.
“ Hahahaha…., mereka bertiga gelak berderai-derai.
Tiba-tiba rakan mereka di bilik paru-paru bersuara, iaitu Si Alveoli. “ Oii…apa yang kau orang seronok sangat ni?
“ Saja, kita orang gelakkan bos kita ni. Kau pulak apakhabar? Bilik kau orang okey tak sepanjang puasa ni?, tanya Enzim pada Alveoli.
“ Alahhh, kau buat-buat tanya pulak, siang hari je bilik kita orang ni tak berasap. Nanti lepas buka puasa, kita orang lemaslah balik. Macam inilah gamaknya, dah berpuluh tahun macam ni”, komen si Alveoli
"Aku pun hairan juga, bos kita ni boleh pulak tak berasap selama 12 jam pada bulan Ramadhan ini, tapi pada bulan lain, dua tiga jam sekali bilik kita orang mesti penuh dengan asap “, si Alveoli terus mengeluh.
“ Kita kena pesan kat kawan kita kat bilik paling atas tu, Si Otak supaya suruh bos kita berhenti menganaiya kau orang. Suruh kuatkan semangat bos kita ni”, balas si Bakteria.
“ Setahu aku, Si Otak dah naik malas dah, bos kita ni selalu kata dia dah lama tahu akan keburukan telan asap ni, dulu bos kita penah taubat sedut asap ni, tapi taubat cili padi", jawab si Alveoli..
“ Kami semua dalam bilik ni dah makin tak larat dengan asap ni dan ada kawan kita orang dah tak larat nak kerja ambik oksijen dah, dia keluarkan lendir .Itu yang banyak kahak ,bos kita semput dan nafas pendik. Agaknya bos kita nak jadikan bilik paru-paru ni jadi simpanan toksik dan jadi kanser macam kawan bos kita tu yang mati baru-baru ni”, mereka terdiam mendengar cerita si Alveoli.
“ Yer ke, nanti bilik kau kena kanser, bila kita orang pun boleh kena jugak”, sampuk Si Asid.
Dalam mereka berbual-bual, Si Telinga juga menyampuk, “ Aku dah biasa dengar dalam iklan, tentang keburukan asap ni”.
Si Mata yang diam dari tadi berkata,“ Betul tu, aku pulak dah biasa membaca, malah sekarang ni, kat kotak rokok pun aku lihat bermacam-macam gambar ngeri akibat telan asap ni, tapi bos kita buat dek je. Dan kau orang nak tahu tak, hari tu mata aku ni tengok lama perempuan seksi tau, naik juling aku dibuatnya. Nama je puasa bos kita ni, aku tak diajaknya puasa sekali!
“ Aku pun ada dengar dalam Radio, menyuruh orang yang berjaya kurang merokok dalam bulan puasa ini, supaya kurangkan rokok pada bulan lain, kalau dapat terus berhenti lagi baik, tapi cuping aku dah tebal”, kata si Telinga sambil tersengeh.
“ Yalah, aku pun ada tenguk, ada orang kat Masjid tu, sebelum dia sembahyang dia sempat lagi berasap tu”, kata Si Mata menyindir.
“ Betul tu, ada hidung orang lain yang sensitif dengan bau asap ni dan menganggu solat dia orang, nanti buat pahala dan buat dosa serentak”, jawab Si Hidung yang dari tadi asyik menghidu.
Tiba-tiba Si Mulut berkata, “ Aku malas nak komenlah, bos kita ni jarang benar berzikir dan baca Al Quran dalam bulan puasa ni. Dia suruh aku bercakap pasal kerja dan masalah harian dia saja. Pada bulan lain, lagilah liat lidah aku ini untuk berzikir. Yang paling aku tak suka, aku maki hamun orang, macam tak ada beza dengan bulan tak puasa".
Dengan penuh bersemangat Si Alveoli menyeru, “ Jom kita buat deklarasi dan memorandum moga tuan kita akan berubah laku lepas puasa ni tahun ini, nanti kita semua akan lebih sihat dan selamat, bos lagilah selamat. Dia panjang umur, kita semua akan bertambah usia, bos mati, kita semua akan mati serentak tau!
Enzim bersuara. “ Nanti dulu, jangan lupa ajak si Hati, dia yang paling penting, tanpa dia, tak berkesan saranan kita nanti. “ Betul tu, tapi aku tengok si Hati pun dok muram saja, dia pernah beritahu aku yang dia pun sedih dengan bos kita. Badan si Hati makin kotor dan tidak sihat. Dia cuma diberi makanan berzat saja, tapi tak diberi secukupnya makanan hati”.
“Okey lah, nanti kita bincang dengan Hati, kita tanya pendapat dia. Rosak si Hati, kita semua akan rosak ”, kata si Asid.
Tiga Golongan Awal Ke Neraka
Rasulullah dan Pengemis buta
doakan!
assalamualaikum
alhamdulillah akhirnya berakhir juge ujian bulanan :)
cuma ingin membuat sedikit pemberitahuan
bahawa rakan kita iaitu maisarah kursus@othman - 2 athif
masuk hospital jam 4 pagi semlm
sakitnya belom dpt dikenal pasti
jadi, marilah ramai2 doakan kesihatannya dan dijauhkan dari penyakit yg berbahaya!
.jadual exam UB2.
Selasa :KOMP,PI,BM
Rabu :HAD,ERT,BI
Khamis:FIQH,SEJ,SCS
Jumaat:QTH,MATH
.pergi.
Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. Al-fatihah.
Allahyarham Asri, Rabbani.
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Al-Fatihah
salam kepada semua penonton@pembaca..
ini rintihan dari ..jihan..huhuhu...
mereka mati sekaligus..(3)
sangat menyayat hati...
2 lagi mangsa kami sekeluarga gagal jumpa yang kami jumpa hanyalah USUS..
sangat2 menyayat hati..
mereka punya rumah ditolak dan..jatuh bersepai dan keluarlah mereka adik-beradik..
tapi malangnya...mereka mendapat jamu selera oleh..entahlah..tak dapat dikesan..
Mereka ialah..
1.MASHIMARO
2.MASHIMATO
3.MASHIMAMO
Mereka bertiga ini adalah seekor hamster belaan adik sempena birthday luqman ..ehem...my adek..
yang ke..em..darjah 5..
dia dimakan oleh...kucing..
huahuahuahua..
BIcaRa CINTA
bismillahirrahmanirrahim...
cinta pertama adalah cinta kepada Allah..
sesungguhnya Allahlah segala-galanya.....
mari kita RENUNG-RENUNGKAN.....
lawa vs tak berapa nak lawa.
Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ciriciri isteri idaman.
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: aish tak reti komunikasi betul.
kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman
nih.kesian.
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak
huduh.
kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg
diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang
diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu.
kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: wah.macam pinang dibelahbelah.
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian.mesti kena bomoh lelaki
tuh!
kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu.
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: huh.patut pun kena reject.
kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus.penuh
kasih sayang.
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang
harus menyayangi.
kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: mesti anak orang kaya ni.
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: entah dato' mana bela ni.
kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalaukalau gambarnya
tersebar.
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri.
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh.
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas
lelaki
Lelaki akan cakap: tak payah tunjuk caring.aku boleh tuang sendiri.
kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry.i will make u happy
forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikitsikit nak nangis! mengadangada...
kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak
tu.
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ko tak bubuh racunkan?
kalau perempuan lawa main missmisscallcall
Lelaki akan kata: takpe.aku pun memang miss perempuan ni.
kalau perempuan tak lawa main missmisscallcall
Lelaki akan cakap: ko ni baru dapat hp ke apa main misscallmisscall?!
kalau perempuan lawa hantarhantar email
Lelaki akan kata: sukanya.
kalau perempuan tak lawa hantarhantar email
Lelaki akan cakap: balikbalik email dia.boring duh.
Firman Allah swt : |DAN JIKA KAMU MENGHITUNG NIKMAT ALLAH SWT TIDAKLAH KAMU DAPAT MENGHITUNGNYA SATU PERSATU|[SURAH IBRAHIM AYAT 34.]
Hadis nabi : “JIKA KAMU TAHU APA YANG KAMI TAHU NESCAYA KAMU AKAN BANYAK MENANGIS, DAN SEDIKIT KETAWA”[RIWAYAT BUKHARI DAN IMAM MUSLIM]
seksiskah?
Seksiskah Kita??
Assalamualaykum.secebis peringatan buatmu yang bergelar daie+daeiyah.
Persoalan mungkin,ikhtilat(percampuran) IKHWAH+AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang musliminmuslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki+perempuan) yang bukan mahramnya. Perlanggaran batas-batas pergaulan musliminmuslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.
Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal. Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!!
Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, “ Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”
Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini. Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini
1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus”.
2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
3. “Chop awal2” Untuk berkahwin
“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.’
4. Telefon Tidak ‘Urgent’
Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku
5. SMS Tidak ‘Urgent’
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.
6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.
7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’
YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Firman Allah Subhanahu Wataala : Rasulullah s.a.w bersabda,
|Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.| (HR. Ahmad)
Penutup
Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa. Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri. Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga.
Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu ‘alam.
H1N1.merebak.tutup.
4 orang pelajar sekolah islam hidayah disahkan +ve H1N1 oleh jabatan kesihatan.diharap ibubapa dapat mengehadkan pergerakan anakanak yang sakit hanya di rumah sahaja.
siapasiapa yang demam,batuk,selesemaetc,sila kuarantin diri di rumah.elakkan aktiviti berat(main futsal,window shopping.)+ tempat yang ramai orang.(wayang,shopping centre,cyber cafe.)kalau simptomsimptom semakin teruk+sesak nafas,sila bergegas ke hospital(bukan klinik ye.)untuk disaring.banyakkan minum air masak/air mineral+makan banyak buah yang ada vitamin C.(oren(oren famous.ngaa.),limau,jambu batu+etc.).jangan enjoy sakan.hehe.
pesanan daripada ustazah kamaliah:
sambung belajar sendiri di rumah,buat latih tubi yang telah diberikan.(=_=').ngaa.
Tomorrow.
ORGANISASI G-XIV
FOLLOWERS
SUARA RAKYAT
BLOG ARCHIVE
-
▼
2009
(126)
-
▼
August
(23)
- jadual baru.
- Penghina Islam kian berani
- Jangan bersedih.
- ramadhanku
- Tiga Golongan Awal Ke Neraka
- Rasulullah dan Pengemis buta
- istiqamah.
- doakan!
- .jadual exam UB2.
- .pergi.
- exam.
- esok.
- Al-Fatihah
- Renungan Sedetik...
- azan.
- warkah ke syurga.
- BIcaRa CINTA
- RiNtIhAn
- Renunglah Bersama>Apa itu C.I.N.T.A
- lawa vs tak berapa nak lawa.
- seksiskah?
- H1N1.merebak.tutup.
- Tomorrow.
-
▼
August
(23)