Home > October 2011

October 2011

Pilihan Raya Batch 14

Tuesday, October 25, 2011 Category : , 3


Bismillahirrahmaanirrahim..

PERHATIAN!

PILIHAN RAYA BATCH 14
Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.

COMING SOON :)

Tarikh : 27 Oktober 2011
Tempat : Dewan Al-Qadisiyah (Banin)
4 Abqari (Banat)
Masa : 1330 hingga 1500

* Sila bawa bersama pen untuk mengundi.






# Peperiksaan Semester 2 2011 hanya berbaki 4 hari sahaja lagi. Sesi persekolahan 2011 hanya bersisa lebih kurang 3 minggu sahaja lagi. Pejam celik, pejam celik.. Kita bakal menjengah jendela TINGKATAN 5 tidak lama lagi. Menjadi super senior dan SPM CANDIDATE 2012 ! Apa persediaan kita?

Ayuh, bersama-samalah kita.. Menanam dan memasang niat tekad dan azam yang baru, dalam memastikan ruh dan semangat kita tidak sesekali pudar dan luntur.. Mari bersama-sama, kita jayakan Pilihan Raya Batch 14 kali ini.. yang bakal menentukan perjalanan dan perancangan Projek kita insya-Allah..

Fikir-fikirkan, nama-nama dan insan-insan yang paling layak untuk kita anugerahkan mandat berharga dan bernilai ini. Segalanya demi masa depan kita, Generasi 14 Sekolah Menengah Islam Hidayah. Menjadi contoh buat adik-adik, sudah semestinya. Menjadi qudwah kepada ummah, sudah sememangnya!

Moga Allah redha.
Teruskan perjuangan dalam Peperiksaan Semester 2, bittaufiq wannajah :)



Sekian, harap maklum. Wassalam.


Dari,
Wakil MPP 2011/2012
Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Batch 14 2011.



Powered by Blogger.