Home > March 2012

March 2012

Hadiah Yang Spesel!

Friday, March 2, 2012 Category : 0



assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH kita membaca...

Suka tak kalau kita diberi hadiah yang saaaaaaangat spesel daripada orang yg kita sayangi???

Boboi: adik, abg ada hadiah utk.Boy: yeke?Boboi: hadiah yg saaangat spesel. buat adik tersayang.Boy: (>o<) mane mane mane *excited*Boboi: tu kat sane.. kotak warna merah yg cantik, dibaluti dengan riben emas yg berkilat2 dan berbau wangi bak kasturi..Boy: waaaaaaaaahhh! gila osem!!

Sudah tentulah kita suka hadiah yg sebegitu rupa, kan?? haa!

Begitulah juga dgn KAUM HAWA! Kaum Hawa yg terdiri drpd wanita, perempuan, pemudi, gegirl, lady, female dll merupakan figure yg sangat cantik ciptaannya dan 'berselera' dipandang sehinggakan Allah menjadikannya PERHIASAN di dunia. Tak percaya?!

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yg diinginkan berupa perempuan2, anak2, harta benda berupa emas dan perak, hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempak kembali yg baik." (3:14)

Maka, dgn sebab itulah Allah menyuruh wanita menutup AURAT mereka. Apakah?? Aurat ?? Aurat adalah bahagian yg wajib ditutup drpd pandangan org yg tak dibenarkan syarak. Lelaki pon ada tetapi wanita punyalah yg paling bahaya (serious! tak tipu!). 

“..Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya..(24:31)

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

Pernah tak terfikir kenapa Allah suruh wanita menutup AURAT?? Bukan Allah nak seksa, tidak sama sekali! Tetapi sebab Allah sayangkan mereka. Dengan mendedahkan aurat, cuba bayangkan perkara2 yg boleh terjadi. Banyak! Sangat banyak! (rasenyelah)

Wanita ibarat satu barang yg nak dihadiahkan. Kemudian ia DIBALUT dengan cantik sehingga menutup apa yg ada di dalamnya. Bila ia sudah dibalut maka terhasillah sebuah HADIAH drpd ALLAH kpd hambanya yg berjantina lelaki. Hanya menunggu masa yg sesuai. Itulah JODOH :) Bila sudah diberikan 'hadiah' itu kpd yg bertuah maka dia berhak utk membuka dan melihat dalamnya. Kita pon bersyukur kerana allah berikan hadiah yg tersangat spesel!! wow!!

Sebentar!! Ini bukan soal perkahwinan tau! TAPI nak beritahu bahawa betapa speselnya wanita!

Oleh itu, Kaum Hawa yg masih tidak menutup aurat di luar sana, anda tidak terlambat selagi pintu taubat masih terbuka!! Sayangilah HARGA diri anda!! :)

Sadaqallahul'azim..
Wallahua'lam..

Powered by Blogger.