Sepinggan Pahal Berulamkan Dosa

Sunday, March 22, 2009 0

Tajuk artikel ini adalah adaptasi daripada artikel ustaz hazrizal(saifulislam.com) yang bertajuk Sepinggan Dosa Berulamkan Pahala. Tapi ditukar sedikit kerana skop tajuk ini dikhususkan kepada semua pejuang dakwah siber agar jadi muhasabah kita semua. Terutamanya diri yang dhaif lagi hina ini.



.:MAD'U & DUAT:.

Mungkin dalam kesibukan kita menyajikan bahan dakwah kepada mad'u(orang yang kita nak dakwah) kita di alam siber ini. Jangan kita lupa bahawa para duat(pendakwah) juga akan diuji oleh Allah swt. dalam pelbagai dimensi. Samada dari ujian dalaman mahupun luaran. Dalaman melibatkan persoalan sejauhmana rasa berTUHAN kita wujudkan dalam diri.

Dakwah di dunia tanpa batasan. Tapi kadang-kadang ada yang tersesat didunia siber yang penuh dengan lumpur dosa. Akhirnya perjuangan terhijab daripada nusrah/pertolongan Allah swt. Bak kata pepatah yang didukung tercicir dan yang dicari tak dapat. Ini bukan sahaja tidak dapat bahkan dapat kemurkaan Allah swt. Bagaimanakah mungkin pertolongan Allah boleh turun jika keadaan ini berlaku?

Ketika orang tiada pantau kita dalam melayari internet. Semuanya boleh berlaku. Pengaruh syaitan dan nafsu jangan dipandang remeh oleh para pendakwah siber sekalian. Kerana suntikan syaitan dan desakan nafsu mampu mengegarkan iman walau setinggi gunung. Bukti telah banyak Allah tunjukkan kepada kita.

Mungkin disebabkan kita merasakan terlalu banyak menasihati orang menyebabkan kita sudah memandang ringan dosa kita sendiri. Dosa-dosa kecil kita anggap kecil. Boleh sahaja dihapuskan dengan amal kubra yang kita buat. Tapi kita lupa adakah kita yakin amalan kita itu sudah diterima atau tidak oleh Allah swt. Semuanya masih belum pasti.

.:CCTV ALLAH:.

Tapi kita alpa, lupa, ego dan sombong dengan pengaruh syaitan. Merasakan kita sudah berjaya mengatasi pengaruh syaitan dan nafsu. Sedangkan orang mukmin itu mesti merasakan rasa berdosa sepanjang masa dan takut akan masa hadapan yang belum pasti. Tiada siapa dapat berikan jaminan. Kerana Rasulullah saw telah lama pergi meninggalkan kita.


Akhirnya, sebagai para duat siber sekalian. Ingatlah dan awasi diri bahawa cctv akhirat telah diwujudkan sejak kita baligh lagi. Tak perlu kawalan manusia dan software kalau kita betul-betul menghayati cctv akhirat.

Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah,pertolongan dan lindungi kepada kita daripada fitnah ini kerana tiada jaminan untuk kita melainkan kita sendiri yang berusaha mewujudkan perasaan muraqobah (Allah sentiasa observe kita) dalam diri. Takutlah kamu wahai manusia akan slide show akhirat yang akan menayangkan segala tingkah laku mu samada buruk atau baik.

Sanggupkah muka mu itu menanggung malu yang teramat sangat nanti?. Renungkanlah…

..Ujian KRS ke-3..

Wednesday, March 18, 2009 0

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.
pengumuman penting untuk bakal lans koperal SMIH.
UJIAN KECERGASAN DAN KAWAD
tarikh : 23 Mac 2009
hari : isnin
masa : 4.00 - 6.00 petang
tempat : kumpul kat badminton court
Ujian yang bakal dilakukan
1) ujian kecergasan
- larian 2.4 kilometer @ 12 pusingan padang
- bangkit tubi (30/minit)
- tekan tubi (20/minit)
- lentik belakang (20/minit)
- lenturan (20/minit)
- angkat beban
2) ujian kawad
- kawad asas
[ masuk barisan, paras, kanan lurus, senang diri, sedia, buka dan tutup barisan, kanan dan kiri pusing, langkah hadapan, langkah belakang, langkah kiri, langkah kanan dan hentak kaki]
- kawad berjalan
[ mula dengan kaki kanan, tabik hormat, melapor diri]
- kawad bawa bendera
- naik dan turunkan bendera
* ujian ketatanegaraan mungkin akan dilakukan. baca pasal lambang negeri Malaysia, bendera Malaysia, bendera Malaysia, lagu negeri Johor dan Lagu Kebangsaan.
okey.
selamat berusaha!
pakai baju tshirt KRS! WAJIB!
.assalamualaikum.
mereka ambil dari..

jalan ini bukan mudah.

Sunday, March 15, 2009 0

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu.

www.iLuvislam.com
tajulrijalannuar
editor: ImKoyube

Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman

seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya

cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan

senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan

ditentang.


Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban

dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq!

Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia

membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan

masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!


Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin

menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku

ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu

urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang

diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan

masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan

masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam

redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

selamat berjuang SAHABATku.

Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan

sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan

tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja

pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku

yakin,kerna kau sahabatku.


Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku

berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan

kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa

haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling

mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.

Tulus,

Sahabatmu tercinta

Powered by Blogger.