Home > 2009

2009

usaha.

Monday, December 28, 2009 0

alhamdulillah.thumma alhamdulillah.
bermula sudah kelas tambahan.
syukur segalanya lancar.
walaupun ada beberapa kelas yang gurunya tak masuk.ada aulawiyat lain mungkin.
seronok?
kelas campur?perasaan?
seram?janggal?tak selesa?bahagia?tak rasa apaapa :| ?
insyaAllah,yang masih rasa janggal,biasabiasakan.biar selesa untuk belajar.jangan biar perasaan janggal tu terus menghantui diri.lamalama ok la tu.

...

kenapa kena pakai baju sekolah?baju sukan sudah lah.aaa.
mesti tu yang kita rasa bila dapat tahu kena pakai baju sekolah sepanjang kelas tambahan kan?tapi ingatlah,ustazah tak tetapkan sesuatu peraturan tu ikut sukahati ustazah.bukan untuk menyeksa para pelajar.semuanya insyaALLAH untuk kemaslahatan sejagat.
+ingat juga,setiap peraturan yang ustazah tetapkan tu,semuanya datang dari DIA.DIA ilhamkan pada ustazah untuk buat peraturan sekiansekian.+kita tahu,DIA tahu segala yang terbaik@buruk untuk kita.

...

kenapa tak boleh bawa barang elektronik,ada hikmahnya peraturan tu dikuatgagahkan.kenapa kena pakai macamnimacamtu waktu sekolah@kelas tambahan@aktiviti sekolah lainya,ada sebabmusabab yang munasabahnya.

hidup ni kena ada peraturan.+bila da ada,takkan nak biar ada je kan.kena ikut.patuh.akur.semuanya untuk mendisiplinkan diri bagi menjamin kecemerlangan masa depan.maka,hargai lah mereka yang bersusahpayah menetapkan peraturan untuk mendidik kita menjadi seorang pelajar yang terpelajar.lebih baik dididik dengan peraturan yang ketatmetat,daripada dibiar terumbangambing kerana tiada yang ambil berat.kan?
jom syukur.
:)

peraturan.

Friday, December 25, 2009 0

Mulai 23 Disember 2009 antum tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa barang-barang elektronik seperti handphone,mp3,camera dan lain2 ke sekolah.

*Juga dikuatkuasakan mulai esok,jika ada sebarang kelas tambahan diadakan,antum x dibenarkan langsung untuk membawa peralatan elektronik ke sekolah.Begitu juga buat pelajar asrama,penggunaan handphone langsung tidak dibenarkan walaupun pada hari Ahad.Ini bermakna,penggunaan peralatan elektronik yang dilarang
tidak dibenarkan langsung untuk dibawa ke sekolah.

Jika barang antum dirampas,ianya hanya akan
dipulangkan pada akhir tahun 2010.

-Arahan drpd Ustazah Norhawanis Samion-

...

naa.nak mengamuk?sila.tapi jangan kat sini.ok?nak marah?pergi ambil wudhu'.geram sampai rasa nak mencarut?sila keluar daripada blog ini.kerana ini
zone larangan mencarut.harap maklum.

tak setuju dengan peraturan ni?pergi cari sekolah lain yang takde peraturan macam ni.pergi sekolah,buat cara pergi sekolah.nak belajar,buat cara nak belajar.ok?dalam pembelajaran di sekolah tak diperlukan handphone,camera,mp3,mp4+etc.
:)

[info dari;]

PEMBETULAN.

Thursday, December 24, 2009 2

update paling terkini;
dikehendaki memakai BAJU SEKOLAH untuk KELAS TAMBAHAN pada,
.28 disember 2009.
-arahan ustazahWan-
:)

buku.

Wednesday, December 23, 2009 0

SENARAI BUKU TINGKATAN 3 2010.
.29 DISEMBER 2009.(SELASA.).8 30 PAGI- 12 30 TENGAH HARI.
*dimaklumkan ramai yang tak dapat senarai.maka,kat bawah ni disediakan.harap membantu.klik gambar untuk lebih besar.terima kasih.
:)
***

24 disember 2009. (rabu.)
result PMR 2009 keluar.
untuk batch13,doa pada ALLAH,semoga diberi ketenangan menerima result kalian.

terkini.

0

update terkini;
kelas tambahan form 3 2010.
pakaian:bebas.yang menepati syara'+peraturan sekolah pastinya.
keliru masingmasing kelas apa nanti?
jangan risau,ana pun keliru gak insyaALLAH 1st day kelas tambahan akan diberitahu kita di kelas mana.
insyaALLAH ni je dulu setakat ni.apaapa update terbaru akan diwarwarkan disini.
:)

Persoalan..

Tuesday, December 22, 2009 2

Ape Kebaikan kalau kite campur? dan Ape kebaikan kalau kite asing?

Ape keburukan kalau kite asing? Ape keburukan kalau kite campur?

Makanan = Akhlak Kita

Saturday, December 12, 2009 0


Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.

Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.

Pendek kata, makanan kita ini mempengaruhi akhlak kita. Seperti yang kita ketahui salah satu makanan kegemaran Rasulullah adalah kambing. Bukan setakat itu, Rasulullah sendiri adalah pengembala kambing sewaktu kecil.
Kambing mempunyai karektor seperti berikut;

  1. Tegas.
    Berpendirian.
    Matang.
    Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
    Memahami arahan.
    Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
    Tinggi EQ (emotional quotient).
    Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
    Tersenyum.
Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.

Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.

Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.

Subhanallah... Maka, peliharalah makanan kita kerana you are what you eat!

Saat Itu....

Tuesday, December 8, 2009 0


Salam...
Sebuah perkongsian buat semua...
Moga dapat membaca dan menonton dengan hati yang terbuka dan lembut serta mata yang terbuka seluas2nya..
*Maaf kalau post ini terlampau panjang tp untuk kemaslahatan bersama, terpaksalah...

-----------------------------------

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. ”Mengucap sayang,,mengucap…….. Asyhaduallailahaillallah………” ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. “Tenat”, jawab doktor dengan ringkas. “Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha”. Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah….. Tapi mataku…….semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.” Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.Dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah.Tapi,ibu…..aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. “Yassin……”.bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

“Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. 


Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan “Panas,dahaga,haus,panas……..”. tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,”Nenek………..”. “Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air?? Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.

“Ibu……”. Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi…..”.   

Ayah…….kau datang ayah…….”.
“Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”. 

“Nenek….ibu…..ayah……suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? “Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah……”. Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang.”Mari ikut kami”. Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya”Mari ikut kami”. Cahaya putih datang. Datang pula cahaya hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang .”Apa ini,apa ini?. Akulah sakaratul maut…….!!!!!!”. Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.Dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. “Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah…….”. Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun…. Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. “Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni? Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya……”.

“Assalamualaikum……”.
“Siapa yang memberi salam itu?”.
“Aku”.
“Kau siapa wahai pemuda???”.
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya……jijik,loya,aku rasa……..teramat loya melihatnya.

“Kau tak kenal aku?”.
“Tidak,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini”.
“Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”.
“Bohong!”.Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
“Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini”.
“Akulah amalanmu yang keji……….”.

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?????

“Tolong….sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu…..malu…..malu……!!!!!!”.
Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. “Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong......rimas….panas……..”. Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
“Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”.Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku’,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?” Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak”. “Al-Fatihah!”Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?”. Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!”.

Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. “Perlahan-lahan”,aku terdengar suara tok imam memberitahu. ”Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

“Tanah apa ini?”.
“Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.
“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali”. Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.” Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar……..”. Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ……aku kini keseorangan.

“Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolooooooonggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!

*Sumber...
Dicari di enjin carian Google dan terjumpa....
http://www.jiwang.org/portal/modules/forum/viewtopic.php?printertopic=1&t=32907&start=0&postdays=0&postorder=asc&vote=viewresult

Jadi...
Apa perasaan anda selepas membacanya..??
Jadi, masih lagi hendak merokok, mencarut, mengumpat, bercouple... (Banyak lagi, antum boleh pikir sendiri)
Renung2kan....
Gunakan akal antum untuk fikir balik....
Kerana ana tahu antum semua cepat 'pikap' dan berfikir dengan sempurna......
Kerana ana pun tahu antum ada akal yang sihat dan mempunyai kewarasan.....


1 big family.

Monday, December 7, 2009 2



it's all about how we can be one big family.
:)


-hanya selingan-

Pensil, Pencil, Mirsamun....

Sunday, December 6, 2009 1

Salam....

Ada sebuah benda hendak dikongsikan bersama...
Jadi, selamat melihat dengan mata dan hati yang terbuka..!!



Pesan Pembuat Pensil Kepada Pensil Sebelum Dia Memasukkan Pensil Ke Dalam Kotak..........


1) Kamu akan dipakai menjadi pensil terbaik, tetapi ketika kamu dipegang oleh tangan yang terbaik sahaja.



2) Kamu akan mengalami kesakitan selama proses penajaman dari waktu ke waktu, tetapi kamu perlu ditajamkan untuk dapat dipakai dengan baik


3) Kamu boleh memperbaiki kesalahan yang telah kamu buat.




4) Yang paling penting dari sebuah pensil adalah merupakan isinya dari pensil itu sendiri tidak
kira apa warna kamu.





5) Pada setiap permukaan yang kamu telah goreskan, kamu harus meninggalkan kesan dan jejak kamu disana. Tidak kira bagaimana keadaan kamu, kamu harus tetap menulis.



Jadi, apa kenanya pensil dengan kita....???

Cuba antum kaitkan diri antum sebagai pensil dan Pencipta kita sebagai pembuat pensil.....
Kaitkan lima perkara di atas dengan hidup antum...

1) Kita akan digunakan dengan luar biasa dan disanjung jika kita menyerahkan seluruh hidup kita kepada PENCIPTA KITA, dan biarkan diri kita terbuka untuk orang lain yang melihat kelebihan dalam diri kita.

2) Kita akan mengalami kesakitan selama kita diberi ujian tetapi antum jangan risau kerana antum akan menjadi lebih hebat setelah berjaya menempuh ujian yang diberikan.


3) Kita tidak perlu risau jika kita melakukan kesalahan kerana kita masih lagi boleh bertaubat dan berusaha membetulkan kesilapan yang lalu.


4) Tidak kira apa warna kulit kita, apa jawatan kita, apa status kita, tapi yang penting ialah QALBU kita kerana Allah s.w.t. tidak pernah melihat kecuali QALB kita.


5) Pada setiap kehidupan kita di dunia, tinggalkanlah tanda dan jasa kita di sesuatu tempat. Buat kesan baik yang akan terukir di hati setiap orang.

Maaf jika ada salah silap..
Itu sahaja...
Salam..

" Iman, kamu cuti hari ini? "

Saturday, December 5, 2009 0

Iman : Assalamualaikum.

Diri : Waalaikummussalam. Oh, Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang datang ke pejabat. Kamu cuti ke?
Iman : Apa pula saya cuti bos? Saya kan diberi cuti.
Diri : Oh, ye. Lupa. Saya ingatkan segalan urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah selepas ambil Encik Nafsu. Tapi, jadi kelam-kabut pulak. Lepas dengar Ustaz kat tv tu berceramah hari tu, saya teringatkan kamu.
Iman : Jadi, saya boleh kembali bekerja ke bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari Encik Nafsu?
Diri : Eh, tak boleh.. Saya sayang nak pecat Encik Nafsu.Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi, dia berjaya menghiburkan saya.
Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.
Diri : Eh, jangan! Tolonglah saya.. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.
Iman : Tapi, bos. Kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Saya lihat, Encik Nafsu tu anti sangat dengan saya.
Diri : Saya rasa serba salah lah pulak.
Iman : Bos kena pilih satu je. Bos kena bermujahadah untuk pecat Encik Nafsu, bos.
Diri : Saya tahu. Jauh dalam hati saya, memang saya perlukan kamu Encik Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz di sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga Encik Nafsu. Tak kiralah apa yang berlaku. Encik Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, tilawah alQuran dan apa-apa yang patut.
Iman : Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin, bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah) sebagai 'muttaqin'.

Kitalah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian dan pelajaran. Tetapi, yang lebih penting, bagaimana kita mengurukan iman kita. Pilihlahagenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman dengan menubuhkan 'jabatan' dalam diri kita. Jangan sampai ditendang keluar amalan soleh dan jangan pula melambai-lambai palit dosa dalam diri. Moga bermanfaat. Jom Upgrade Iman!

Sumber : Majalah Solusi, edisi 13.

tawaran.

Thursday, December 3, 2009 2

TAWARAN DIBUKA.
*tawaran ini khas untuk banat sahaja.*
kenal PRINT?(perkhemahan international.)
teringin nak pergi?
masih ada 1 tempat kosong.
|tarikh:21 disember.(khamis.)-24 disember 2009.(ahad.)|tempat:taman rekreasi ulu yam,selangor.|yuran:rm150.|
[tahu lebih.]
jika berminat,berikan nama pada hidayahzulkharnain di:
matherror_abc
@yahoo.com.

kelas tambahan.

Wednesday, December 2, 2009 0


jadual kelas tambahan PMR 2010.(aaa.)
maaf diatas kelewatan.
click gambar untuk lebih besar,jelas+nyata.
selamat berkelas tambahan.

lambat.

Saturday, November 28, 2009 0


maaf.lambat.
salam eiduladha.

ramaikan.

Wednesday, November 25, 2009 1

hari arafah.
puasa sunat hari arafah.
|9 zulhijjah 1430=26 november 2009.=esok.(khamis.)|
jom puasa ramairamai.zz.

closed.

2

-poll closed-
result.
terima kasih atas kerjasama anda yang mengundi.
insyaALLAH akan dibincangkan keputusannya.


takziah.

0

perginya adik abang long.
takziah buat abang long sekeluarga.
semoga ketabahan bersama mereka.
tazkirah kematian by abang long.

Eksplorasi Memburu Hidayah!

Monday, November 23, 2009 1

Hidayah, kurniaan daripada Allah kepada manusia sebagai kompas dalam mengharungi belantara kehidupan. Tanpanya, kembara manusia di dunia akan kehilangan arah. Dan apabila hilang arah di dunia, binasalah kita di alam seterusnya.

Umar bin Abdul Aziz pernah berkata , " Manusia diciptakan untuk selamanya. "

Mengapa beliau berkata demikian? Ini kerana apabila manusia diciptakan buat kali pertama, dia akan terus 'hidup' dan mengembara dari satu alam ke alam yang lain. Bermula dari alam roh, ke alam rahim, kemudiannya ke alam dunia, ke alam barzakh dan akhirnya ke alam akhirat. Kembara ini hanya akan berakhir sama ada di syurga atau neraka. Sampai bila kita berada di alam akhirat? Sampai bila-bila!

Namun, sebelum tiba di titik pengakhiran itu, kita adalah pengembara. Adakalanya bersama jasad, ada masanya hanya dengan roh sahaja. Kembara di setiap alam sememangnya berbeza. Ujiannya dan cabarannya turut berlainan. Maka, ujian ini menuntut peranan dan tindakan berbeza pula.

Kini, kita berada di alam dunia, alam yang disifatkan oleh Rasulullah sebagai 'negara bala dan ujian'. Dalam alam inilah, perilaku kita dinilai oleh Allah. Prestasi kita di dunia amat penting kerana penilaian inilah yang menentukan 'prestasi' pengembaraan kita di kemudian hari. Apa tidaknya, kembara kehidupan ini bagai satu susunan domino, saling berkaitan. Cara hidup kita menentukan cara mati, cara mati menentukan cara kita dibangkitkan di padang mahsyar, dan akhirnya, ia akan menentukan sama ada kita akan ke syurga atau neraka. Pendek kata, jika pangkal susunan domino itu betul, maka, yang menyusul seterusnya juga betul. Jika pangkal susunan salah, maka, rosaklah seluruh domino itu.

Maka, kita memerlukan kompas dalam pengembaraan ini, iaitu ' Kompas Hidayah'. Sebagaimana yang kita ketahui, Allah Maha Berkehendak. Jika Dia Menghendaki kita memperoleh hidayah, maka beruntunglah kita. Jika sebaliknya, jadilah kita insan yang rugi.

Namun, alangkah bertambah ruginya jika kita tergolong dalam golongan yang disebutkan Rasulullah, ( dalam hadis yang diriwayatkan oleh atTarmizi, no 3253 )

" Tidaklah sesat sesuatu kaum itu setelah mereka mendapat hidayah melainkan orang yang suka bertengkar. "

Bagi kita yang bercita-cita untuk mendekatkan diri kepada Allah, apa yang kita bimbangkan di dalam sesuatu perbalahan bukanlah menang atau kalah, tetapi hilangnya hidayah! Kompas rosak, hasil perebutan dua pengembara. Pengembara 'A' bertegas mahu ke timur, pengembara 'B' tetap mahu ke barat. Masing-masing tidak mahu beralah. Namun, apabila kompas telah rosak, semuanya punah wal ranah. Ke mana pengembaraan ini perlu diarah sedangkan kompas telah musnah. Kompas kehidupan tidak boleh ditukar ganti, jauh sekali dijual beli. Kerana Hidayah milik Allah!

Alangkah baiknya jika kedua-dua pengembara ini berpakat secara baik. Sudah tentunya kompas itu masih boleh dimanfaatkan. Semoga kita sama-sama menjadi orang-orang yang beruntung. Hargailah Hidayah yang dikurniakan kepadamu dan manfaatkanlah ia. Kerana seseorang yang mendapat Hidayah dan Petunjuk dari Allah, bukan sahaja tahu apa erti sebuah kebaikan, tetapi juga mahu dan mampu untuk melakukannya. Dan tidak mustahil untuk dia merubah dunia!

ihtifal.

Thursday, November 19, 2009 0

ihtifal srih 2009.
|21 Nov 2009.(sabtu)|8.00 pagi.|
jom hadirkan diri,membeli sambil menderma.

jom futsal.

0

futsal kamihidayah.
6 disember 2009.(ahad.)|futsal pulai utama.
9.30 pagi.(janji islam.)
---
RM 50.00/team.(7 orang/team.)
tarikh akhir pendaftaran 1 disember 2009.(selasa.)
cara daftar:SMSkan nama team dan nama ketua kumpulan kepada asyraf aminuddin.[0138252910.] (perlu mendepositkan RM 15.00 sebagai pengesahan penyertaan.)
---
terbuka kepada warga hidayah yang berjantina lelaki.dari batch 1-15.
boleh nak team ikut batch,boleh team campurcampur.manamana yang rasa kalau buat team tu,korang boleh menang pertandingan ni.

ok.

Wednesday, November 18, 2009 0

selamat bercuti.selamat menyiapkan diri untuk 2010.selamat menyediakan diri untuk PMR.
selamatselamatselamat.

.Yuk Search Ukhwwah Kita.

Friday, November 6, 2009 0

*di buat benda yg tak seberapa nie time pekse aqidah..

Dahulu
Kami banyak golongan
UAF,ABS,AAT,UAK,SAA
Langsung tak kenal sesiapa
Jahilnya kami!
Sana sini couple,
Gara-gara keropok lekor pon nak couple!
Noughty!!

2008
Kamai sedih,
terpaksa berpisah ngan kawan kami
MRSM,SMKA mereka datang
Bye sume!
Kami jadi kecil,
Hikmah,Ihsan,Ithar,Thabat
Banin-banin Banat-banat,
Di situlah kami kenal erti dakwah,

2009
Sedih juga
bye kawan-kawan!!
Mula-mula ingat kelas gabung
macam nak nangis
Kelas sama macam tahun lepas?!!
Suka balik!
Ukhwah kami terikat
dakwah menggunung
NO MORE COUPLE!!

Merungkai kenangan darjah 6
Lawak!tak tau siapakawan sekelas kita!
Ukhwah???Haprak la kalau time tu!

Tapi sekarang kami sudah ada nama!
BATCH 14 itulah nama kami
Athif,Thiqah,Islah,Tajarrud
itulah anggota dia
Ketua Muaz dengan Farid
Penolong Afiqah dengan Nadhirah

Segalanya kami terima
Syahid prinsip kami
Dengan kekuatan
TOGETHER WE UNITE THE UMMAH
Tapi adakah ia kekal tanpa ukhwah??

Bolehkah kita jadi harapan sekolah,
Segalanya telah disediakan
Tuk kita teruskan bersama
BATCH 14 TAKKAN BERSATU
Tanpa U.K.H.W.W.A.H
Yuk search ukhwwah kita!!

Islah+Tajarrud
Menghasilkan Rijal Islam Sejati
Athif+Thiqah
menghasilkan Nisa' Islam Sejati
Jika digabungkan hasil ini??
WE,BE THE BEST BATCH!
AND...
Akan mengembalikan sejarah SMIH!!!
YUK SEARCH UKHWWAH KITA!!

*maaflah x seberape jer..just tuk menghilangkan bowink..
just amiklah isi..

Kembalilah Wahai Lelakiku!

Tuesday, November 3, 2009 0

بسم الله الرحمن الرحيم

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila diesebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mula cabut lari,
lelaki pengkhianat, perogol bersiri.

Dulu
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al - Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk x bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuang deen dan ummah,
Al - Farouq , Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dahn kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dandan berpecah,


Kembalilah Wahai Lelakiku !!

Pada kelakian mu,

Kami rindukan lelaki dulu,

Acuan madrasuh rasul.

(copy paste from blog batch 15) ...

inilah harapan kami.!

bangkitlah!!!

takziah.

Sunday, November 1, 2009 0

takziah buat amirul hafizi sekeluarga atas pemergian ibunya pda pukul 1 tengah hari tadi kerana kanser tulang.
semoga DIA kuatkan hatihati kalian.

++++

ustazahNorma kini berada di hospital kerana masalah buah pinggang.
samasama doakan beliau cepat sembuh+dapat kembali mendidik anakanak hidayah.


baik?

Friday, October 30, 2009 0


ramai yang ada blog.tapi ramai kah yang mematuhi etika berblog?
perkara yang biasa,tapi ramai manusia melupakannya.haa.jom ulangkaji balik.
  • menulis tentang sesuatu fakta, PASTIkan ianya betul+disokong sumbersumber yang boleh dipercayai+kukuh.(terutama kalau berkaitan hukumhakam agama.jangan mainmain.)
  • kalau ambil gambar+entri daripada blog lain,letakkan link blog orang yang diambil gambar+entrinya tu di entri yang anda buat di blog anda.(sebenarnya bukan apa sangat,cuma sebagai tanda terima kasih@credits.)
  • tulis dengan bahasa yang INDAH,tidak MENCARUT,tidak mengejekejek pihak lain+menjatuhkan pihak lain+tidak menyakitkan hati sesiapa.
  • JANGAN sesekali menyuruh pembaca setuju dengan pandangan anda,kerana anda tiada hak untuk memaksa mereka berbuat demikian rupa.
  • kalau tersalah tulis,hapuskan dinding keEGOan anda dengan cara meminta maaf secara terbuka di blog anda.
  • JANGAN sesekali menyentuh isu perkauman@isu yang menjadikan anda sebagai WANTED oleh pihak lain@isuisu pronologi(maaf berkata,luc*h.).
insyaAllah,ini yang berjaya dijumpai.kalau ada etika lain yang ingin dikongsikan,bolehlah samasama berkongsi di comment@shoutmix@entry.
ingatlah,blog anda memang hak anda,tapi jangan terlalu ghairah menulis di hak anda sehingga memberi peluang pada pembaca di seluruh pelusuk dunia memandangserong anda.
jom jadi blogger baik.:D
[asal]

zup.

Tuesday, October 27, 2009 0

bittaufiq wannajah untuk semua.
buat yang terbaik untuk diri kalian,ibubapa,guruguru,sekolah+batch!
gogogo.
insyaAllah,panjang umur,jumpa lagi tahun depan.
class asing@campur?
jengjengjeng.

fikirkan.

Thursday, October 22, 2009 1

siapa pengasas facebook?anak kelahiran yahudi?orang harapan AEPi?apa pula AEPi?
[kenali pengasas facebook]

facebook=israel=kena boikot?
blogger(google)=pro-israel=kena boikot ke tak?
kenapa?
[apa kaitan facebook+israel?]

haa.tapi kena ingat.kafir terbahagi kepada 2.kafir harbi+kafir zimmi.agakagak mark ni termasuk dalam golongan yang mana?
[kafir zimmi vs kafir harbi]

ok.da baca?apa kata kita baca penerangan al-fadhil ustaz hasrizal@abu saif.jom.
[facebook:pro dan kontra]

untuk setakat ni,ni lah yang berjaya diexplore.baca semua sekali.fahamkan apa mesej yang cuba disampaikan dalam setiap artikel.kaitpautkan antara semuanya menjadi 1,status facebook.ok?

ni semua sebagai 1 perkongsian untuk kita samasama berfikir dengan lebih dalam lagi.bukan untuk mempengaruhi fikiran@pegangan@pendirian masingmasing.asah akal fikiran kita untuk memahami+menamatkan isu berbangkit ni supaya tak perlu dibangkitdebatkan lagi.apa pun,setiap pandangan daripada antum amatamat dihargai.terima kasih.:)

Pabila Ayah Menghulurkan Handphone...

Saturday, October 17, 2009 1


Berikut adalah warkah yang disediakan oleh seorangb ayah yang hendak menyerahkan telefon bimbit kepada anaknya:-

Anak ayah yang disayangi,
Sudah tiba masanya anak ayah menggunakan telefon bimbit ini. Walaubagaimanapun, ia bukanlah keperluan asas tetapi, adalah satu keistimewaan. Maknanya, kalau anak ayah melanggari perjanjian penggunaan ini, maka ayah berhak mengambilnya semula.

Ingat ya, telefon bimbit ini adalah sebahagian daripada anggota tubuh badan. Ia adalah otak kita yang kedua. Ia boleh menyimpan data dan maklumat serta mengingatkan kita banyak perkara. Polis lebih mempercayai maklumat di dalam telefon berbanding otak kita kerana ia tidak menipu. Oleh itu, simpanlah di dalamnya data yang baik-baik sahaja. Jangan masukkan di dalamnya bahan-bahan haram seperti gambar atau video lucah. Telefon bimbit ini juga menggambarkan sikap dan akhlak kita.

Disebaban telefon bimbit ini menggambarkan akhlak kita, maka pastikan anak ayah paparkan 'background'nya gambar yang soleh, bukan yang tak sopan. Telefon ini mengeluarkan suara, maka pastikan "ringtone"nya tidak mengganggu orang lain sama ada tahap bising yang kuat atau iramanya tidak menyenangkan.

Setiap komunikasi hendaklah mulakan dengan salam yang sempurna. Sama ada menggunakan SMS atau suara. Dan setiap perbualan mesti (wajib) ditutup dengan doa sejahtera atau semoga bertemu lagi. Jangan biarkan tergantung menyebabkan pemanggil tertunggu-tunggu dariada kita.

Penggunaan di rumah...

Anak ayah yang dikasihi,
Adab bercakap dengan pemanggil di rumah sama seperti mana kita menerima kunjungan tetamu ke rumah ayah. Ayah hanya membenarkan anak ayah bercakap di ruang tamu sahaja (tidak di dalam bilik tidur anak ayah) melainkan pemanggil itu sejantina atau muhrim kita.

Waktu menggunakan telefon bimbit di rumah tetap sama seperti mana adab memasuki bilik tidur. Anak ayah tahukan, antara Isyak hingga subuh (setiap hari) dan antara zuhur dan asar (hari minggu dan cuti umum) waktu ini anak ayah tidak boleh masuk bilik ayah melainkan ketuk pintu minta kebenaran. Begitu juga telefon bimbit. Supaya pemanggil luar tidak merosakkan adab kita, antara waktu isyak hingga subuh, semua telefon bimbit di"senyap" kan atau matikan terus dan diletakkan di ruang tamu. Jika ada panggilan diwaktu-waktu "aurat" kita ini, kita jawab selepas waktunya. Ayah tak rela ada pemanggil yang bukan muhrim bercakap dengan anak ayah yang seorang ini, di atas katil, pada waktu tengah malam, tanpa izin daripada ayah.

Dan, jangan bawa telefon bimbit ini ke dalam tandas. Nanti susah untuk menjawab salam (sama ada sms atau suara) kalau ada orang memanggil kita.


Hukum membuat panggilan sama ada SMS atau suara...

Anak ayah yang peduli,
Walaupun belum ada hukum fiqah yang dikeluarkan, ayah menetapkan bahawa ada perkara-perkara yang HARAM anak men"dial" atau hantar sms kepada seseorang.

Pertama : Orang yang anak nampak dan tahu dia sedang sembahyang, sedang belajar dan sedang berkerja.
Kedua : Waktu aurat orang itu (antara isyak dan subuh) melainkan dia beri kebenaran.
Ketiga : Orang yang bukan muhrim yang tiada urusan dengan anak sama sekali.
Keempat : Dengan tujuan maksiat dan sewaktu dengannya.

Perkara yang MAKRUH pula ialah;
Pertama : Waktu-waktu sembahyang fardhu jamaah orang itu.
Kedua : Sengaja membuat "miss call" melainkan diberi kebenaran.

Perkara yang SUNAT pula ialah
Pertama : Hubungi opah, atuk, mak cik-mak cik sebulan sekali. Tanyakan khabar mereka, ceritakan keadaan dan kesihatan keluarga kita dan doakan kesejahteraan untuk mereka.
Kedua : Menyebutkan nama atau memaparkan nama kita di hujung sms bagi orang yang tidak kerap kita hubunginya agar dia tidak tertanya-tanya siapa kita.
Ketiga : Minta kebenaran melalui sms dahulu untuk berkomunikasi dengannya.

Perkara yang WAJIB pula ialah
Pertama : Menjawab dengan kadar segera panggilan dan/atau sms. Jawapan yang paling lemah sekali ialah dengan memaklumkan kepada pemanggilmelalui sms "OK". Melainkan perkara itu maksiat dan keburukan.
Kedua :Menghubungi pihak berkuasa jika berlaku perkara yang menjejaskankeselamatan ummah.

Penggunaan di tempat awam...

HARAM menghidupkan telefon bimbit :
Tempat-tempat yang ada dipaparkan tanda tidak dibenar menggunakannya seperti di hospital kawasan tertentu, masjid, di sekolah dan sebagainya. Atau diumumkan seperti di dalam pesawat, dewan seminar atau kursus.

MAKRUH menggunakan telefon bimbit atau menaip sms,
Pertama : Sedang bersama rakan sama ada urusan formal atau tidak melain meminta izin mereka yang hadir dahulu. Malah di dalam teksi, sila anak minta kebenaran pemandu teksi sebelum menjawab atau membuat panggilan.
Kedua : Bercakap dan ketawa dengan pemanggil hingga mengganggu orang di sekeliling.
Ketiga : Menyebut keburukan orang lain dengan pemanggil hingga orang di sekeliling boleh mendengar dengan jelas (kekadang boleh naik tahap haram)

Cukuplah setakat ini dulu anak ayah. Jika timbul isu lain, nanti kita sama-sama buat "fatwa" yang lain pula.Terimalah telefon bimbit Nokia N100 4G dari ayah untuk mu. Sayang anak ayah..

Sahabat, ingatlah , handphone bukan sekadar handphone.. Ia lebih dari itu.. Ia adalah AMANAH yang akan disoal di hari kemudian kelak. Gunakanlah handphone sebaiknya jika sahabat sayang ibu & ayah.. Moga bermanfaat.


Powered by Blogger.