Inilah Diri Kita
Bahan ni ana ambik dari seseorang ni...tapi bace je lah sebagai tazkirah buat diri kita yang lemah ini....(cewaah..mcm pak ustaz pulak...!)
>Semakin meningkat usia seseorang itu, 
>Semakin banyak ujian yg bakal ditempuhinya, 
>Semakin besar ranjau yang perlu dilaluinya, 
>Semakin sukar melalui kehidupannya sendiri, 
>Semakin payah melawan hawa nafsunya, 
>Semakin alpa dan leka dengan kewajipannya sebagai hamba,
 
>Semakin jauh dirinya dengan kebenaran, 
>Semakin hanyut dirinya dibawa arus deras duniawi, 
>Dan.. 
>semakin tidak mengenal siapakah dirinya yg sebenar. 
>Oleh yg demikian...
> persiapkanlah diri dengan perisai yg tajam, 
>iaitu......
 
>keimanan yang teguh,
>yang tidak mungkin akan digoyahkan oleh mana-mana anasir luar, 
>Ketaqwaan yang tinggi, 
>Yang tidak mungkin dengan sewenang2nya lenyap begitu sahaja, 
>Aqidah yang kukuh, 
>Yang tidak mungkin dapat dirobohkan oleh musuh-musuh Allah, 
>Kehidupan ini memerlukan kita untuk berfikir, 
>merenung,dan menghayati… 
>Berfikir tentang penciptaan kita dimuka bumi ini, 
>Mengapa kita di sini? 
>Apa tujuan kita dijadikan? 
>Merenung siapakah diri kita, 
>Siapakah yang Maha Kuasa yg telah mencipta makhluk seHINA kita?? 
>Menghayati alam sekeliling kita, 
>Bagaimanakah jika tiada sebarang kehidupan di muka 
>bumi ini melainkan diri kita sahaja?? 
>Bayangkanlah hanya kita..MANUSIA sahaja yg hidup disini, 
>Tiada udara, matahari, pokok, bulan , bintang, tumbuhan, … 
>Semuanya tiada……!! 
>TIADA!! 
>Bolehkan kita meneruskan kehidupan ini..?? 
>Insya Allah.. memang tidak! 
>Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, 
>Mencipta, menghidupkan dan mematikan. 
>Jadi siapakah kita?? 
>Ingatlah........
>kita hanyalah HAMBA kepada Yang Mencipta itu.. 
>Yang Menghidupkan itu, 
>Dan Yang Mematikan itu… 
>Kita tidak punyai sebarang kuasa, 
>Jadi mengapa kita harus berlagak, alpa dan leka dengan apa yg kita miliki?? 
>Tidak sedarkah kita bahawa dunia ini hanyalah pinjaman Yang Maha Esa, 
>Mungkin sebentar lagi…esok, lusa….., 
>Bila-bila masa sahaja kita akan pergi, 
>Pergi meninggalkan dunia, keluarga, harta..semuanya!, 
>Tidak sedarkah kita akan semua itu....??!!, 
> 
>Selagi ada masa dan peluang yang diberikan olehNya kepada kita, 
>Bajailah hati dengan iman dan taqwa, 
>Pertingkatkanlah amal ibadah dan kebajikan, 
>Kerana semua itulah yg membuktikan CINTA kita kepadaNya, 
 
>CINTA yang HAKIKI!.. 
>Rebutlah cinta ini, 
>Kerana cinta ini tidak akan mengecewakan kita, 
>Tidak pernah menipu kita, 
>Tidak akan menyakiti kita, 
>Dan bukan sesuatu yang sia-sia……. 
> Itulah cinta kepada Ilahi…

Post a Comment