Home > April 2009

April 2009

15 maksiat yang mengundang bala.

Thursday, April 30, 2009 0

sedikit peringatan dan pengajaran buat semua.
berdoalah agar kita djauhkan drpd perkara yang dimurkai Allah :)



Maksud hadis :
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami yang menuruti kehendak isteri.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.





Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

dulu+kini.

Friday, April 24, 2009 0

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.

Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.


sIapKAh kITA???

0

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sama-sama kita renungkan...

jom meriahkan.

Thursday, April 23, 2009 0


|MANUSIA,SYAITAN,SIAPA MENANG?|
9 Mei 2009.
8.00 am-2.00 pm.
pusat islam,jb.
feat mirwana.
anjuran:
ROAD2JAWA3.[R2J3]
PIBG Sekolah Menengah Islam Hidayah.[SMIH]
Alumni SMIH.[PALS]
gratis!free!percuma!
jom bersamasama menjayakan program ini.
ingin tahu apa yang menarik?
jom ajak orangorang disekeliling anda untuk menggamatkan lagi program ini.

*copy paste daripada blog mereka:
[sevenian]
terima kasih.

gambaran.

Monday, April 13, 2009 0



erm.dah tengok?.takut kan?.ni hanya gambaran.yang sebenar kita taa tahu macam mana.lagi dahsyat daripada ni.dan kita taa diberi pengetahuan tentang hari tersebut kecuali sedikit.

kawan,

hari ini akan berlaku.semua tahu.hari ini pasti berlaku.dan hari ini akan berlaku pada hari jumaat.cuma jumaat bila?.minggu ni?.atau minggu depan?.bulan depan?.tahun depan?.bermacammacam lagi persoalan.kan?.

sahabat,
sudah ke kita bersedia,untuk menempuh satu hari yang di mana,tiada sesiapa pun dapat mengelakkan diri daripadanya?dah cukup ke bekalan pahala kita untuk dijadikan mahar ke syurga nanti?.ingat sahabat,mohonlah pada DIA,agar diampunkan segala dosadosa kita akibat daripada kenaifan kita.bertaubatlah,sungguh,pintu taubat itu sentiasa terbuka.dan tidak pernah tutup sehinggalah tiba harinya.hari yang tak ada keraguan padanya.hari kiamat yang pasti berlaku.

kalian,

renungkanlah.ambillah pengajaran daripada post yang lahir dari hati ini.dan DIA lah yang mendetikkan hati ana untuk post pasal benda ni.anggaplah ini sebagai satu peringatan untuk kita semua.

wassalam.

tulus ikhlas,
Sang.Pencinta.

Marhah Buat Kamu!!

Sunday, April 12, 2009 3

alhamdulillah adelah pemenang-pemenang kita..dari batch kiter yer..

ini as anugerah..nama kamu ada dalam nie..


ANUGERAH AKADEMIK TERBAIK
  • Nur Raihana Bt Zakaria 12 A
  • Siti Sarah Fatihah Bt Amran 12A
  • Nur Arisha Bt Mohd Azhar 12A
  • Faten Nadhirah Bt Mohd Fauzi 11A
  • Muhammad Aiman B Abdul Rahim 11A
  • Alia Farhanah Bt Pauzer 10A
  • Afiqah Bt Ismail 1oA

ANUGERAH PRESTASI MENINGKAT

  • Abdul Hafiz B Muhammad
  • Balqis Bt Salleh

ANUGERAH TAHFIZ CEMERLANG

  • Ahmad Khairuddin B Khairi
  • Muhammad Aiman B Abdul Rahim
  • Muhammad Irsyad B Zainal Abidin
  • Muhammad Taufiq B Dzulkifli
  • Ungku Muhammad Asyraf B Ungku Mohsin
  • Faten Nadhirah Bt Mohd Fauzi
  • Nor Ahidah Bt Afdzal Tan
  • Nur Husna Bt Atan
  • Nurul Abrar Bt Md Isa
  • Safiyah Annisaa' Bt Salim
  • Alia Farhana Bt Pauzer

ANUGERAH HAFAZAN TERBAIK

  • Muhammad Qawim B Muhammad Nasir
  • Muhammad B Yahya
  • Fatin Norjihan Bt Rosle
  • Nur Syahirah Bt Ab Rahman

ANUGERAH PERMATA HARAPAN

  • Farid Rahman Hadi B Hadi Nur
  • Mardhiah Norazan

Renungan Buat Pejuang

Saturday, April 11, 2009 3


Aku melihat dunia hari ini
Menitis kaca jernih
Orang Islam dirobak, dipijak
Dalam genggaman kafir
Musnah , musnah..
Palestin, Gaza, Cordoba,
Andalus, Baghdad,
Hilang, hilang ditelan zaman..

Orang dahulu kata
Dunia ini ibarat pentas
Cerita lama dipanjang-panjangkan
Pabila habis
Diulang, diulang, diulang kembali
Itulah sejarah...

Klu mcm tu
Takkanlah mustahil giliran Islam pula yg mendatang
Menggenggam dunia dgn keadilan
Mengulang sejarah kegemilangan..
Tapi
siapakan gerangan yg akn mengulang sejarah itu
Aku, Kau atau Dia...

kedudukan kita?

Sunday, April 5, 2009 0


Dengan siapa kamu duduk?

Sekadar renungan ...

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.

5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

8.
Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

Adam Mengertilah..

0

Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam,mengertilah...

BAngKItlAH G-14!!!

Thursday, April 2, 2009 Category : 0

assalamualaikum..ana as wakil yang berasa sangat bersalah ngan antum/antunna semua nie..ana nak tegur ana aand diri ana juga..
kita ni adalah generasi akan datang ..ade salah seorang guru sek.kt nie ade menkomplen tentang smih dulu ngan smih sekarang ape nak jadi!!!tak kan lah nak dibiarkan terus berleluasa!!!kalau generasi atas dah tak boleh nak di ubah..kita masih ade masa nak berubanh!!!TOLONGLAH!!!BANGKITLAH!!!ana tak nak generasi seterusnya ikut jejak kita...(yang buruk)kita kene bangkitkan semula bi'ah solehah yang sekarang nie dah makin luput dekat ingatan kita...



  • BERCOUPLE/IKHTILAT

kan dah cakap banyak kali!!!couple memang dah tak de istilah dalam islam..kenapa masih ade yang buat!!!tolonglah fikirlah bebaik perkara nie..ana tak nak adik2 form 1 kite pun ramai couple dan generasi seterusnya dan sampai kita tua SEKOLAH ISALAM HIDAYAH MACAM SEKOLAH BIASA dah tak ada gunanya nama sek islam tapi orang nye cakap bodoh ,babi,tongong la sama macam sekolah luar...BANIN!ana as banat walaupun ada banat yang cube gelak tawa saja-saje nak tarik perhatian ke TOLONG!!!JANGAN LAYAN!!!kalau layan bukan dapat pahala tapi di alukan ke neraka...






  • (BANAT)JAGA SUARA

ana pon banat juga tapi ana tegur diri ana sekali...memang banat banyak nyanyi dalam kelas betul tak?tapi ana harap jangan keluarkan suara yang betul kita bunyikan yang macam sekat-sekat tuh..lagi satu!!!KETAWA plizz janganlah macam pontianak ketawannya...ingat banin suka sangat ke dengar banat ketawa MALU TAU KAUM HAWA...

  • ANA/ANTI/ANTA/ANTUM/ANTUNNA

kita kene budayakan balik perkara nie...sekarang ana dah banyak dengar BANIN aku,kau kan tu kan bahasa syurga...OOH..ALA POYO LA BAHASA TU ANA..ANTA..LECEH..tu ana tak tau JAWABLAH SENDIRI KAT AKHIRAT KELAK ...BANAT pulak..kita awak..sama gak macam tadi!!!

  • ASSALAMUALAIKUM

    sekarang nie yang ana tau...mesti ramai yang bagi salam kan...tapi semua cakap macam tak ada lidah...AKUM!!!ape maksud!!!!tak de maksud...rugi air liur je...kalau kita jawab ngan betul..kita mendoakan orang tuh...


ana harap fikirlah sendiri pasal nie......HIDUPKAN KEMBALI SUASANA ASLI SMIH!!!




DIMANAKAH SMIH TERDAHULU YANG MENJADI IMPIAN UMAT ISLAM???!!!

Powered by Blogger.