Home > October 2009

October 2009

baik?

Friday, October 30, 2009 0


ramai yang ada blog.tapi ramai kah yang mematuhi etika berblog?
perkara yang biasa,tapi ramai manusia melupakannya.haa.jom ulangkaji balik.
  • menulis tentang sesuatu fakta, PASTIkan ianya betul+disokong sumbersumber yang boleh dipercayai+kukuh.(terutama kalau berkaitan hukumhakam agama.jangan mainmain.)
  • kalau ambil gambar+entri daripada blog lain,letakkan link blog orang yang diambil gambar+entrinya tu di entri yang anda buat di blog anda.(sebenarnya bukan apa sangat,cuma sebagai tanda terima kasih@credits.)
  • tulis dengan bahasa yang INDAH,tidak MENCARUT,tidak mengejekejek pihak lain+menjatuhkan pihak lain+tidak menyakitkan hati sesiapa.
  • JANGAN sesekali menyuruh pembaca setuju dengan pandangan anda,kerana anda tiada hak untuk memaksa mereka berbuat demikian rupa.
  • kalau tersalah tulis,hapuskan dinding keEGOan anda dengan cara meminta maaf secara terbuka di blog anda.
  • JANGAN sesekali menyentuh isu perkauman@isu yang menjadikan anda sebagai WANTED oleh pihak lain@isuisu pronologi(maaf berkata,luc*h.).
insyaAllah,ini yang berjaya dijumpai.kalau ada etika lain yang ingin dikongsikan,bolehlah samasama berkongsi di comment@shoutmix@entry.
ingatlah,blog anda memang hak anda,tapi jangan terlalu ghairah menulis di hak anda sehingga memberi peluang pada pembaca di seluruh pelusuk dunia memandangserong anda.
jom jadi blogger baik.:D
[asal]

zup.

Tuesday, October 27, 2009 0

bittaufiq wannajah untuk semua.
buat yang terbaik untuk diri kalian,ibubapa,guruguru,sekolah+batch!
gogogo.
insyaAllah,panjang umur,jumpa lagi tahun depan.
class asing@campur?
jengjengjeng.

fikirkan.

Thursday, October 22, 2009 1

siapa pengasas facebook?anak kelahiran yahudi?orang harapan AEPi?apa pula AEPi?
[kenali pengasas facebook]

facebook=israel=kena boikot?
blogger(google)=pro-israel=kena boikot ke tak?
kenapa?
[apa kaitan facebook+israel?]

haa.tapi kena ingat.kafir terbahagi kepada 2.kafir harbi+kafir zimmi.agakagak mark ni termasuk dalam golongan yang mana?
[kafir zimmi vs kafir harbi]

ok.da baca?apa kata kita baca penerangan al-fadhil ustaz hasrizal@abu saif.jom.
[facebook:pro dan kontra]

untuk setakat ni,ni lah yang berjaya diexplore.baca semua sekali.fahamkan apa mesej yang cuba disampaikan dalam setiap artikel.kaitpautkan antara semuanya menjadi 1,status facebook.ok?

ni semua sebagai 1 perkongsian untuk kita samasama berfikir dengan lebih dalam lagi.bukan untuk mempengaruhi fikiran@pegangan@pendirian masingmasing.asah akal fikiran kita untuk memahami+menamatkan isu berbangkit ni supaya tak perlu dibangkitdebatkan lagi.apa pun,setiap pandangan daripada antum amatamat dihargai.terima kasih.:)

Pabila Ayah Menghulurkan Handphone...

Saturday, October 17, 2009 1


Berikut adalah warkah yang disediakan oleh seorangb ayah yang hendak menyerahkan telefon bimbit kepada anaknya:-

Anak ayah yang disayangi,
Sudah tiba masanya anak ayah menggunakan telefon bimbit ini. Walaubagaimanapun, ia bukanlah keperluan asas tetapi, adalah satu keistimewaan. Maknanya, kalau anak ayah melanggari perjanjian penggunaan ini, maka ayah berhak mengambilnya semula.

Ingat ya, telefon bimbit ini adalah sebahagian daripada anggota tubuh badan. Ia adalah otak kita yang kedua. Ia boleh menyimpan data dan maklumat serta mengingatkan kita banyak perkara. Polis lebih mempercayai maklumat di dalam telefon berbanding otak kita kerana ia tidak menipu. Oleh itu, simpanlah di dalamnya data yang baik-baik sahaja. Jangan masukkan di dalamnya bahan-bahan haram seperti gambar atau video lucah. Telefon bimbit ini juga menggambarkan sikap dan akhlak kita.

Disebaban telefon bimbit ini menggambarkan akhlak kita, maka pastikan anak ayah paparkan 'background'nya gambar yang soleh, bukan yang tak sopan. Telefon ini mengeluarkan suara, maka pastikan "ringtone"nya tidak mengganggu orang lain sama ada tahap bising yang kuat atau iramanya tidak menyenangkan.

Setiap komunikasi hendaklah mulakan dengan salam yang sempurna. Sama ada menggunakan SMS atau suara. Dan setiap perbualan mesti (wajib) ditutup dengan doa sejahtera atau semoga bertemu lagi. Jangan biarkan tergantung menyebabkan pemanggil tertunggu-tunggu dariada kita.

Penggunaan di rumah...

Anak ayah yang dikasihi,
Adab bercakap dengan pemanggil di rumah sama seperti mana kita menerima kunjungan tetamu ke rumah ayah. Ayah hanya membenarkan anak ayah bercakap di ruang tamu sahaja (tidak di dalam bilik tidur anak ayah) melainkan pemanggil itu sejantina atau muhrim kita.

Waktu menggunakan telefon bimbit di rumah tetap sama seperti mana adab memasuki bilik tidur. Anak ayah tahukan, antara Isyak hingga subuh (setiap hari) dan antara zuhur dan asar (hari minggu dan cuti umum) waktu ini anak ayah tidak boleh masuk bilik ayah melainkan ketuk pintu minta kebenaran. Begitu juga telefon bimbit. Supaya pemanggil luar tidak merosakkan adab kita, antara waktu isyak hingga subuh, semua telefon bimbit di"senyap" kan atau matikan terus dan diletakkan di ruang tamu. Jika ada panggilan diwaktu-waktu "aurat" kita ini, kita jawab selepas waktunya. Ayah tak rela ada pemanggil yang bukan muhrim bercakap dengan anak ayah yang seorang ini, di atas katil, pada waktu tengah malam, tanpa izin daripada ayah.

Dan, jangan bawa telefon bimbit ini ke dalam tandas. Nanti susah untuk menjawab salam (sama ada sms atau suara) kalau ada orang memanggil kita.


Hukum membuat panggilan sama ada SMS atau suara...

Anak ayah yang peduli,
Walaupun belum ada hukum fiqah yang dikeluarkan, ayah menetapkan bahawa ada perkara-perkara yang HARAM anak men"dial" atau hantar sms kepada seseorang.

Pertama : Orang yang anak nampak dan tahu dia sedang sembahyang, sedang belajar dan sedang berkerja.
Kedua : Waktu aurat orang itu (antara isyak dan subuh) melainkan dia beri kebenaran.
Ketiga : Orang yang bukan muhrim yang tiada urusan dengan anak sama sekali.
Keempat : Dengan tujuan maksiat dan sewaktu dengannya.

Perkara yang MAKRUH pula ialah;
Pertama : Waktu-waktu sembahyang fardhu jamaah orang itu.
Kedua : Sengaja membuat "miss call" melainkan diberi kebenaran.

Perkara yang SUNAT pula ialah
Pertama : Hubungi opah, atuk, mak cik-mak cik sebulan sekali. Tanyakan khabar mereka, ceritakan keadaan dan kesihatan keluarga kita dan doakan kesejahteraan untuk mereka.
Kedua : Menyebutkan nama atau memaparkan nama kita di hujung sms bagi orang yang tidak kerap kita hubunginya agar dia tidak tertanya-tanya siapa kita.
Ketiga : Minta kebenaran melalui sms dahulu untuk berkomunikasi dengannya.

Perkara yang WAJIB pula ialah
Pertama : Menjawab dengan kadar segera panggilan dan/atau sms. Jawapan yang paling lemah sekali ialah dengan memaklumkan kepada pemanggilmelalui sms "OK". Melainkan perkara itu maksiat dan keburukan.
Kedua :Menghubungi pihak berkuasa jika berlaku perkara yang menjejaskankeselamatan ummah.

Penggunaan di tempat awam...

HARAM menghidupkan telefon bimbit :
Tempat-tempat yang ada dipaparkan tanda tidak dibenar menggunakannya seperti di hospital kawasan tertentu, masjid, di sekolah dan sebagainya. Atau diumumkan seperti di dalam pesawat, dewan seminar atau kursus.

MAKRUH menggunakan telefon bimbit atau menaip sms,
Pertama : Sedang bersama rakan sama ada urusan formal atau tidak melain meminta izin mereka yang hadir dahulu. Malah di dalam teksi, sila anak minta kebenaran pemandu teksi sebelum menjawab atau membuat panggilan.
Kedua : Bercakap dan ketawa dengan pemanggil hingga mengganggu orang di sekeliling.
Ketiga : Menyebut keburukan orang lain dengan pemanggil hingga orang di sekeliling boleh mendengar dengan jelas (kekadang boleh naik tahap haram)

Cukuplah setakat ini dulu anak ayah. Jika timbul isu lain, nanti kita sama-sama buat "fatwa" yang lain pula.Terimalah telefon bimbit Nokia N100 4G dari ayah untuk mu. Sayang anak ayah..

Sahabat, ingatlah , handphone bukan sekadar handphone.. Ia lebih dari itu.. Ia adalah AMANAH yang akan disoal di hari kemudian kelak. Gunakanlah handphone sebaiknya jika sahabat sayang ibu & ayah.. Moga bermanfaat.


baru.

Tuesday, October 13, 2009 0

cuti (habis.)
kembali ke sekolah dengan niat baru,orang baru,jiwa baru,azam baru untuk membawa sesuatu perubahan yang baru.gogogo.

refresh.

Monday, October 12, 2009 3

mukhayyam dah selamat dihabiskan.
masih ingat 5 janji itu?
jom refresh.
  • hormati guru.
  • say no to couple.no couplecouple chipsmore anymore.
  • homat orang yang lebih tua.
  • (special untuk banat) jaga mutiara suaramu.suara wanita bukan aurat,tapi akan dinaiktaraf menjadi aurat,apabila dari suara itu terjemputnya fitnah datang bertamu.
  • (special untuk banat lagi.) labuhkan segala yang dirasakan masih belum cukup labuh.tudung+baju+seluar(er?)+stokin.

bila dilihatkan balik,perjanjiannya macam diulangtayang dari perjanjian lepas mukhayyam form1 2008.kan?kenapa macam tu?sebab tiada perubahan.kenapa tiada perubahan?sebab takde penghayatan oleh kita semua dengan janjijanji itu.macammana boleh tiada penghayatan?sebab tiada kesedaran dalam diri masingmasing untuk melaksanakan janjijanji tersebut+lakukan perubahan.

kata mereka,ayuh,lakukan perubahan dalam diri,supaya perubahan tu membawa kepada perubahan suasana di sekolah.perubahan menjadi 1 yang lebih layak untuk dicontohikutkan.insyaAllah dengan perubahan itu kita dapat mengubah nasib dunia yang semakin teruk dinodai.

apa pun ingat 1 perkara,
"perubahan ke arah kebaikan yang dilakukan secara drastik tidak akan bernilai andai berhentinya di tengah jalan.namun,perubahan yang dilakukan sedikit demi sedikit sambil ditemani si istiqamah+tetap dijalanNYA itulah yang dipandang oleh TUHAN."

[semoga kita diberi kekuatan untuk berubah.dan semoga dianugerahkan olehNYA si istiqamah itu,untuk tetap dijalanNYA.insyaAllah.]

camping.

Friday, October 9, 2009 0

selamat bermukhayyam kepada semua batch14.
walau hanya di kem latihan hidayah,ingatlah,bukan tempat menjadi tujuan.tapi pengisian yang dapat dikongsikan waktu itu.kuatsemangatkan diri.majumajumaju.
|semoga dengan perkhemahan ini,akan tertaut dengan lebih eratnya hatihati kita.ameen.|

PMR.

Wednesday, October 7, 2009 0

bacth13,
buat yang terbaik.
selamat berPMRan.

name tag.

Saturday, October 3, 2009 0

ISNIN(5 oktober 2009.)
semua pelajar diminta bawa RM3.50 untuk name tag krs.
serah pada USTAZAH HAMIZAH.
sebarkan.terima kasih.
*selewatlewatnya hari ISNIN.(1 hari je diberi.)*

SEmoGa bERjaYa!!

1



ini khas buat semua teman-teman sebatch ngan ana..
seperti yang kita tahu ader sesetengah sahabat kiter pergi nadwah ngan debat kan??
doalah agar mereka mengharumkan nama sekolah kiter..
dan juga berjaya berdebat..ana baca buku sultan muhammad al-fateh..
"kita berjaya kerana agama"sultan muhammad al-fateh...
faham-fahamlah ayat nie maksudnyer aper..k..
lagi satu..nie untuk semua batch 14 yang bakal menghadapi mukhayyam n peperiksaan...
ana doakan antum semua berjaya..



Ingat!!!jangan tiru!!Allah sentiasa melihat perbuatan kita!!atid dan raqib melihat!!BEWARE!!!

maTh..ana dengar math yg lepas fuh agak sakit telinga dengar tapi jangan risau ana pon sama ngan antum sume..study group!!jgn lebih daripada 4 orang nnti borak jer tau!!!
wateverla

tapi yang penting adalah kejayaan bukan untuk dibanggakan kerana ia hanya semata-mata ingat!!


*dunia adalah buku untuk kita bersedia di akhirat ,dibaca berulang kali agar mudah untuk ujian di akhirat
dan akhirat adalah medan peperiksaan di mana kita akan menjawab apa yang kita baca dan pelajari ketika di dunia



*Ingatlah sahabat dunia ini adalah ujian yang diberi oleh Allah..jika kita ingin berjaya haruslah kita harungi arus kegagalan agar kita berjaya dan mengambil iktibar..pesanan kepada ana dan sesiapa yang pernah melakukan...
Jangan tiru!!!kesian itu berupa juga kita tidak berlaku adil kawan2 kitatahu jawapan dan kita yang tak tahu jawapan tu mintak jawapan nanti markah kita sama ngan dier ..kesian..

*Berdoalah kepada yang satu..moga kita dapat kembalikan sejarah Smih yang dahulu..
banin banyakkanlah bertakbir kerana takbir itu adalah kejayaan umat islam..


ingatlah bahawa allah adalah sebaik-baik pelindung...berdoalah kepadanya minta ampunlah kepadannya meningalkan apa yang dilarang..k lah dah banyak sangat ana taip..k lah tapi ana harap buatlah yang terbaik untuk sekolah,agama dan negara..
saudara di luar sana memerlukan bantuan kita berupa kejayaan dengan kejayaan kerana mudah untuk kita menguasai dunia...kita tidak mudah tertipu..
ingatlah pesanan ini..Good luck in youe exam and..Mukhayyam..
~Assalamualaikum~

Powered by Blogger.