Home > June 2009

June 2009

blog.

Saturday, June 27, 2009 3

Salam,

............................................................................................................................

untuk pengetahuan semua. motto batch akan ditukar.
err. semua dah tahu tak?
dari "together we united the ummah" >> "EITHER WE MAKE HISTORY OR WE BECOME HISTORY"


tidak setuju? sila beri cadangan lain melalui komen entry ini :D


............................................................................................................................

jika motto ditukar, jadi layout pun perlu ditukar juga ya?
ana mahu tanya, antum mahu layout ini kekal, hanya tukar motto sahaja, atau tukar layout lain?
mungkin sudah bosan dengan layout ini ya?

untuk cadangan layout, sila tinggalkan link layout itu di ruangan komen entry ini :D

TOLONGLAH SAPA YANG ADA FACEBOOK!!

Friday, June 26, 2009 0

anda dah lupakan Palestin???JANGAN!!!

Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So,
aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau
tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda
nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun s ep otong ayat. Aku
pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana
kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang
meninggalkan Fotopages, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua
diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin
Sana !! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak
USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong
oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto
dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan
dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry,
Westchester County , New York ?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard
telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail
peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan
terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau
adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam
ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh
dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai
Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark
Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu
lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan
individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah
24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang
ahli aktif k ep ada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara,
Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi
diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan
menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi
pada masa d ep an dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya
.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif
Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis
antarabangsa s ep erti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish
HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International
, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan
yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka
semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua
keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang
diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang
Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh
dunia?
Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!!
Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara
Kita Setitik.

Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan
Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri.
Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada
perikemanusiaan.
p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari
Sejarah2U
so..k ep ada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!

Rasulullah

0

sayangkah kita pada rasulullah...."Sayang!!!"
kalau sayang ... kenalkah kita sepenuhnya pada rasulullah? "Kenal..tapi just nama je lah.."
BIODATA RASULULLAH


Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.


Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."

mari membaca: Raja Afrika

Thursday, June 18, 2009 0

Pada zaman dahulu kala di negeri Afrika, terdapat seorang raja yang memerintah dengan adil dan saksama. Raja Afrika tersebut mempunyai seorang sahabat rapat bernama Koami. Koami mempunyai satu sifat yang sungguh unik iaitu Koami suka melihat setiap perkara yang berlaku (positif mahupun negatif) dalam hidupnya sebagai sesuatu yang baik dengan mengucapkan, “Ini sungguh bagus”.

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Raja Afrika mengajak Koami pergi memburu di dalam hutan. Sepertimana kebiasaan, Koami menyediakan peralatan untuk memburu seperti senapang, peluru, makanan dan lain-lain. Entah bagaimana, Koami terlupa untuk memeriksa senapang tersebut samada masih elok atau tidak.

Ketika di dalam hutan, Raja Afrika melihat kelibat seekor rusa jantan di celah-celah semak, dengan pantas Raja Afrika menembak menggunakan senapang yang dibawa oleh Koami. “Pom!!”, senapang tersebut meletup dengan sangat kuat apabila picunya ditekan. Akibatnya Raja Afrika kehilangan ibu jari kanan kerana letupan senapang tersebut dan menjerit-jerit menahan kesakitan. Tiba-tiba terkeluar daripada mulut Koami, “Ini sungguh bagus”. Bagaikan terbakar telinga Raja Afrika apabila mendengar kata-kata Koami itu dan berkata dengan marahnya, “Bodoh!!!, Ini tidak bagus. Pengawal!, kurung Koami di dalam penjara seumur hidup…”.

Setelah setahun berlalu, pada suatu hari Raja Afrika bersama beberapa orang pengawal keluar memburu di dalam hutan. Alangkah malangnya nasib Raja Afrika tersebut kerana terserempak dengan Puak Madura yang suka memakan daging manusia. Raja Afrika dan pengawal-pengawal ditangkap dan diperiksa seorang demi seorang bagi memastikan manusia buruannya sempurna tubuh badan.

Apabila melihat Raja Afrika tidak memiliki ibu jari kanan, Puak Madura tersebut melepaskan Raja Afrika tersebut kerana pada kepercayaan Puak Madura, manusia yang tidak sempurna tubuh badan akan menjadi sumpahan jika dimakan. Betapa bersyukurnya Raja Afrika tersebut kerana selamat daripada dimakan oleh Puak Madura itu.

Barulah Raja Afrika sedar bahawa benarlah kata-kata sahabat rapatnya Koami, “Ini sungguh bagus”, ketika peristiwa Raja Afrika kehilangan ibu jarinya setahun yang dulu. Raja Afrika memerintahkan supaya Koami dilepaskan dan Raja Afrika dengan rendah diri memohon maaf diatas tindakannya mengurungkan Koami di dalam penjara. Tetapi Koami tiba-tiba berkata, “Ini sungguh bagus”. Terkejutnya Raja Afrika mendengar kata-kata itu dan bertanya, “Mengapa pula sungguh bagus?”. Dengan selamba Koami menjawab, “Jika Tuanku tidak mengurung patik, sudah tentu patik bersama-sama Tuanku pergi memburu dan bertemu dengan Puak Madura itu dan akhirnya patik akan mati di makan Puak Madura itu”. Raja Afrika hanya duduk terpaku memikirkan kebenaran kata-kata Koami tersebut. Tamat.

Sahabat-sahabatku sekalian, terlalu banyak perkara yang baik mahupun buruk berlaku dalam hidup kita selama ini. Terpulanglah kepada kita bagaimana kita melihat perkara tersebut. Bukan semua perkara yang baik itu nikmat dan bukan semua perkara yang buruk itu bala. Yang pasti, di sebalik setiap perkara yang berlaku terkandung seribu hikmah yang perlu dicungkil dan difikirkan. Betul tak?

Ujibakat!

Thursday, June 11, 2009 0

Bismillahirrahmanirrahim

PENGUMUMAN!
Sesi pencarian bakat baru bermula -

Sesi Ujibakat untuk menjadi ahli baru :





Kelab De'Pikir [Debat.Pidato.Pemikir] Sekolah Menengah Islam Hidayah

Berminat ?
Tidak susah, pertimbangkan tawaran ini dengan rasional dan isikan nama anda di salah satu borang yang ditampal di sekitar sekolah bermula pada 15 Jun 2009 ini , atau isikan nama anda di ruangan komen di bawah. Hanya pemberian nama melalui dua cara ini sahaja yang diterima.


Tarikh tutup mengisi nama adalah pada 18 Jun 2009.
Hanya terbuka untuk dua kategori sahaja , Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pastikan anda mengisi nama anda di ruangan yang tepat mengikut kategori bahasa yang dipilih.

Tarikh : 20 Jun 2009 , Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Sasaran : Para pelajar SMIH , Tingkatan 1 - Tingkatan 3 [Bagi pelajar Tingkatan 4 yang diberi surat tawaran juga diwajibkan hadir ke sesi ini. Hanya yang terpilih sahaja.]
Yuran : RM 2.00 [untuk bayaran makanan]

Prosedur Ujibakat :
-Sesi ujibakat ini akan diadakan dalam 2 pusingan untuk setiap peserta bagi kedua-dua kategori.
1) 'Argument session'
2) 'HOT Seat!'

--Kelebihan untuk para pelajar yang terpilih , cepat belajar dan berkelayakan; anda berkemungkinan akan dihantar mewakili SMI Hidayah untuk ke Kejohanan Piala Debat MUSLEH 2009 pada bulan Julai ini untuk mengisi kekosongan tempat dalam 'team'.


--Jangan bimbang , struktur perdebatan tidak akan diuji dalam sesi ujibakat ini.


untuk maklumat lanjut, layari http://debatsmih.blogspot.com
selamat mencuba semua (:

Terima Kasih Ibu...

Wednesday, June 3, 2009 0

Ana menemui kata2 yg penuh makna ini dalam blog Lintasan waktu oleh Ir.Endok Sempok. Bait2 katanya byk yg menyentuh hati... terasa benar kerinduan kepada ibu yg jauh di mata. Ya Allah ampunilah hambamu ini krn tidak dapat menjadi anak yg sentiasa dapat berbakti kpd org tua...Mungkin kita masih berusia 14 thn, tapi, ingatlah, perjuangan di hdpn masih jauh..

Terima kasih untuk mak....

Ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita.

cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain,
kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terimakasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna,
kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Ketika berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru,
kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita kesekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit :"tak nak! tak nak!".

apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.
cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecah kancermin tingkap jiran.

menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim,
kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan pontengkelas.

berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja,
kita ucapkan terimakasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah,
kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

ketika berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke ipta,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,
kita kata, "? itu bukan urusan ibu."

setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya,
kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."

apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita.
di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan? . "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"

menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan,
kita menjeling dan merungut, "ibuuu,tooooolonglahhh? ."

ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita,
tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

pada usia kita 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"? itu dulu, sekarang zaman moden."

ketika kita berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata,"kami sibuk, tak ada masa nak datang."

apabila kita berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! khabar itu bagaikan petir! dalam lelehanair mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.jika ibu masih ada, sayangi dia. jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya.

Renung-renungkanlah wahai sahabatku

Tuesday, June 2, 2009 0

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. 
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari 

2) Zina bermaharajalela. 
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim 

3) Bermaharajalela alat muzik. 
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah 

4) Menghias masjid dan membanggakannya. 
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. 

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. 
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim 

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad 

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat. 
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani 

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad 

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." 

10) Bulan sabit kelihatan besar. 
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani 

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. 
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim 

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. 
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad 

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. 
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.

.

0

assalammualaikum sahabatku, sedkit peringatan dan muhasabah diri..

Cuba bagi ana 1 nama hamba Allah yg tidak pernah langsung diuji di dunia ini.

Tiada kan ?

Sbb setiap makhluk ciptaan-Nya tidak akan terlepas dari melalui pelbagai ujian. Setiap makhluk akan melalui pelbagai ujian yg berbeza-beza. Kekayaan , harta,kecantikan,cinta,kebijaksanaan. Itu semua ujian. Tiada manusia yang tidak diuji dengan dugaan tekanan. Sama ada dirumah, pejabat atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan itu dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia sebagai hamba ALLAH.

Malahan , kekasih hati kita , Nabi saw sendiri diduga dgn pelbagai ujian.Malah ujian yg lagi mencabar brbanding kita.Sdgkan Kekasih Allah itu pun diuji , inikan pula kita.Sekadar hamba-Nya.Bagaimanapun, Rasulullah SAW memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup keranan tidak ada satu bencana sama ada keranan terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan meningkatkandarjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan denagn kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”
[riwayat al-Hakim]

Powered by Blogger.