> Siapakah Penyelamat Ummah Ini..???

Siapakah Penyelamat Ummah Ini..???

Posted on Sunday, March 21, 2010 | No Comments

Dr Abdullah Azzam, seorang mujahid yang syahid di medan Perang Afghanistan bercerita bahawa pernah sekali ia bertanyakan soalan kepada -murid-muridnya dalam satu syarahannya.

"Manakah yang lebih kuat antara Amerika dan Allah Robbul 'Alamin?"

Lalu mahasiswanya menjawab, "Wahai ustaz, soalan itu tidak pernah ditanyakan oleh seorang yang beriman."

Lalu Dr Abdullah Azzam melanjutkan lagi soalannya, "Adakah kalian benar-benar yakin bahawa Robbul 'Izzati lebih kuat berbanding daripada tentera-tentera dan armada-armada Amerika Syarikat?"

"Itu tidak perlu diragukan lagi," jawab mereka serentak.

Demi Allah, andainya negeri-negeri islam percaya bahawa Allah lebih kuat daripada Israel, nescaya kita tidak akan pernah mengalami kekalahan di semua medan kehidupan," ujar Abdullah Azzam.
"Kita tidak akan kembali menelan kehinaan, penyesalan, dan kerendahan hati di dalam semua aspek kehidupan. Sekiranya kita meyakini bahawa Allah lebih tinggi, lebih agung dan lebih besar daripada Israel, maka kita tidak akan terjerumus lagi ke dalam kehinaan seperti yang pernah menimpa kita."


Jangan kita menjadi golongan yang digambarkan oleh ar-Rasul dalam sabdanya:

"Agama mereka adalah perutnya, kiblatnya adalah wanita-wanita, dan tujuan hidupnya adalah harta benda"

Powered by Blogger.