Home > December 2010

December 2010

PMR :)

Friday, December 24, 2010 Category : 1


Bismillahirrahmanirrahim.

Batch14 : Tahniah! Congratulation! Mabruk!

Alhamdulillah.. GPK 1.58 pastinya menggembirakan semua.. Sungguh, antum hebat! Tanpa antum, tak mungkin GPK ini mampu dicapai. Setiap daripada kita semua telah menyumbangkan kepada kejayaan Batch14 dan sekolah juga ummah. Walaupun target sebenar tidak tercapai, Allah know the best, right? Syukur, walau apa pun jumlah yang diperoleh.. Kerana 1A yang disertai dengan rasa syukur lebih mulia dan berharga daripada 9A yang disertai dengan rasa riak. [ kepada sesiapa yang belum sujud syukur, dialu-alukan untuk berbuat demikian, ya.. ] Apa pun, Tahniah diuca
pkan! Moga-moga kejayaan kita ini mendapat Redha Allah. Insya-Allah...

A token of appreciation ;

Ibu Bapa dan keluarga yang sentiasa mendoakan anak-anak ini terus maju,
Pihak Lembaga Sekolah Menengah Islam Hidayah JB yang memberi sokongan padu.
Guru PK, Guru PEP & Guru Tingkatan 3 yang membimbing tak mengira waktu,
Barisan guru yang hebat dan tidak mengenal erti penat dan jemu.
Warga sekolah yang memberi kata semangat selalu,
Senior dan junior yang selalu mengucapkan , " Good Luck for You! "
AJK GPK yang berpenat lelah memikirkan idea baru,
Sahabat seperjuangan batch14 yang mewarnakan kami yang kelabu,
dan.. saya, mereka dan kamu!

[ serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.. Terima Kasih! ]

Satu.

Wednesday, December 1, 2010 Category : 0

" Kawan, jika saya lemah, kamu kuatkan. Jika saya bengkok, kamu luruskan. Jika saya runtuh, kamu teguhkan. Jika saya silap, awak tegur dan betulkan. Boleh, ya? "

" Teman, jika kamu jatuh ke neraka, akan saya hulurkan tangan ini agar kita sama-sama boleh berjalan beriringan, masuk syurga. Kerana saya berkawan dengan kamu kerana Allah. Kamu adalah tanggungjawab saya yang akan ditanya Allah di akhirat kelak. Kalau saya tidak menegur kesilapan kamu, bermakna saya tidak menyayangi kamu. Kerana itu, biarlah kita saling beingat dan menasihati. Biarlah jika saya dibenci atau terluka, sekarang. Kerana ia lebih baik daripada kita bermusuhan dan saling menyalahkan di Hari Pengadilan kelak. "

" Terima kasih, kawan. Terima kasih. Sayang kamu kerana Allah."

" Sayang kamu kerana Allah juga, Teman. "


Jom, refleksi diri, kemudi hati. Adakah kita sudah menjadi Teman dan Kawan yang baik buat sahabat-sahabat kita. Tegurlah kesilapan mereka, meskipun mereka pasti terluka. Bersahabatlah kerana Allah, atas dasar iman. Supaya dua hati tertaut menjadi satu. Manis dan hangatnya ukhuwwah itu pasti terasa.
Ya, kerana kita adalah SATU.


" together we unite the ummah "

Powered by Blogger.