> beritahu.

beritahu.

Posted on Friday, July 31, 2009 | No Comments

Beritahu Pada Muslimah
www.iLuvIslam.com
saiful_ilham
editor : IskethaykaL

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca.
disentuh terguris.
dihantuk serpih.
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata.
cakap tinggi nanti dibenci.
terlalu rendah dipijak pula.
cakap sombong mengundang lawan.
hati-hati meluah kata.
kerana pulut santan binasa.
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku.
harga diri letaknya di situ.
jangan meluru ikut telunjuk nafsu.
sesekali tersilap langkah.
akan dihukum selamanya.
keturunan dicerca payah.
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian.
ia cermin peribadi.
juga lambang bangsa.
di mana dan dalam keadaan macam manapun.
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu.
kerana malu itu.
sebahagian dari iman.


Powered by Blogger.