sangka baik jom.
Posted on Friday, September 11, 2009
|
1 Comment
tips sentiasa bersangka baik sesama insan.
jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.ucapkan dalam hatimu :
|mungkin kedudukannya di sisiNYA jauh lebih baik+lebih tinggi dariku.|
jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
|anak ini belum bermaksiat kepadaNYA, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya.tentu anak ini jauh lebih baik dariku.|
jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
|dia telah beribadah kepada TUHAN jauh lebih lama dariku,tentu dia lebih baik dariku.|
jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
|orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui+dia mengamalkan ilmunya,tentu dia lebih baik dariku.|
jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
|orang ini bermaksiat kepadaNYA kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.+ aku tidak tahu bagaimana akhir umurku+umurnya kelak.dia tentu lebih baik dariku.|
jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
|aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam+beramal soleh.+ mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur+berbuat buruk.|
-Syeikh Abdulkadir Al Jailani-
Comments:1
jom.tapi agak susah jika hati masih kotor.bersihkan hati?jom bersangka baik.lalala.
Post a Comment