Home > 2010

2010

PMR :)

Friday, December 24, 2010 Category : 1


Bismillahirrahmanirrahim.

Batch14 : Tahniah! Congratulation! Mabruk!

Alhamdulillah.. GPK 1.58 pastinya menggembirakan semua.. Sungguh, antum hebat! Tanpa antum, tak mungkin GPK ini mampu dicapai. Setiap daripada kita semua telah menyumbangkan kepada kejayaan Batch14 dan sekolah juga ummah. Walaupun target sebenar tidak tercapai, Allah know the best, right? Syukur, walau apa pun jumlah yang diperoleh.. Kerana 1A yang disertai dengan rasa syukur lebih mulia dan berharga daripada 9A yang disertai dengan rasa riak. [ kepada sesiapa yang belum sujud syukur, dialu-alukan untuk berbuat demikian, ya.. ] Apa pun, Tahniah diuca
pkan! Moga-moga kejayaan kita ini mendapat Redha Allah. Insya-Allah...

A token of appreciation ;

Ibu Bapa dan keluarga yang sentiasa mendoakan anak-anak ini terus maju,
Pihak Lembaga Sekolah Menengah Islam Hidayah JB yang memberi sokongan padu.
Guru PK, Guru PEP & Guru Tingkatan 3 yang membimbing tak mengira waktu,
Barisan guru yang hebat dan tidak mengenal erti penat dan jemu.
Warga sekolah yang memberi kata semangat selalu,
Senior dan junior yang selalu mengucapkan , " Good Luck for You! "
AJK GPK yang berpenat lelah memikirkan idea baru,
Sahabat seperjuangan batch14 yang mewarnakan kami yang kelabu,
dan.. saya, mereka dan kamu!

[ serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.. Terima Kasih! ]

Satu.

Wednesday, December 1, 2010 Category : 0

" Kawan, jika saya lemah, kamu kuatkan. Jika saya bengkok, kamu luruskan. Jika saya runtuh, kamu teguhkan. Jika saya silap, awak tegur dan betulkan. Boleh, ya? "

" Teman, jika kamu jatuh ke neraka, akan saya hulurkan tangan ini agar kita sama-sama boleh berjalan beriringan, masuk syurga. Kerana saya berkawan dengan kamu kerana Allah. Kamu adalah tanggungjawab saya yang akan ditanya Allah di akhirat kelak. Kalau saya tidak menegur kesilapan kamu, bermakna saya tidak menyayangi kamu. Kerana itu, biarlah kita saling beingat dan menasihati. Biarlah jika saya dibenci atau terluka, sekarang. Kerana ia lebih baik daripada kita bermusuhan dan saling menyalahkan di Hari Pengadilan kelak. "

" Terima kasih, kawan. Terima kasih. Sayang kamu kerana Allah."

" Sayang kamu kerana Allah juga, Teman. "


Jom, refleksi diri, kemudi hati. Adakah kita sudah menjadi Teman dan Kawan yang baik buat sahabat-sahabat kita. Tegurlah kesilapan mereka, meskipun mereka pasti terluka. Bersahabatlah kerana Allah, atas dasar iman. Supaya dua hati tertaut menjadi satu. Manis dan hangatnya ukhuwwah itu pasti terasa.
Ya, kerana kita adalah SATU.


" together we unite the ummah "

Wajah baru.

Friday, November 19, 2010 Category : 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dengan izin dan pertolongan Dia..

inilah wajah baru blog Generasi 14 Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Harapnya, wajah baru ini mampu memberi sinar baru buat Batch14 dan seisinya.

Baiklah, pertama-tamanya jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang tidak henti-henti memberi sokongan dan dorongan kepada kami agar kami terus mengemaskini blog kami ini.

Jazakumullahu khairan kathira. Barakallahu fikum.

Kedua, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai selama ini kami kurang memberi komitmen yang baik dalam pengurusan blog ini. Insya-Allah, kami akan berusaha untuk lebih rajin dan efektif dalam menguruskan dan mengemaskini blog ini buat tatapan anda semua.

Seterusnya, mungkin masih belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kita semua mampu untuk menghayati erti pengorbanan yang sebenar dan mengaplikasikan dalam kehidupan kita sehari-hari. Ketahuilah bahawa sesungguhnya pengorbanan itu ialah usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas. Benar, pengorbanan secebis jihad, terkadang meruntuh jiwa, mencubit rasa, pedih di hati terasa. tapi ingatlah, kita mujahid dan mujahidah ALLAH. Nabi Allah – Ibrahim dan Ismail pun sanggup berkorban demi menurut perintah Sang Pencipta, kita ? Mudah-mudahan, dengan pengorbanan yang kita lakukan di dunia, bertambahlah jua saham kita di akhirat sana bagi memberatkan timbangan kita dan mempermudah perjalanan kita ke syurga. Insya-Allah, amiin.

Pesanan buat seluruh Batch14 SMIH khususnya dan para pengunjung amnya, manfaatkanlah waktu cuti ini dengan sebaik-baiknya. Janganlah mencampakkan diri kita ke dalam golongan orang-orang yang rugi seperti yang Allah katakan dalam kitabNya yang agung. Teruslah kemudi hati kita, pupuklah iman, didik dan perangilah nafsu ; agar sekembalinya kita ke madrasah, kita mampu menjadi orang baru – tentera Allah yang memburu Jannah!

Dan, usah lupa untuk terus berdoa dan bertawakkal kepada yang Maha Esa. Berdoalah agar hati penanda-penanda kertas soalan kita lembut, dan mudah bagi mereka menanda kertas soalan kita, dan mudah juga bagi mereka memberikan markah yang cemerlang untuk kita. Pinta dan pohonlah kepada Allah, Dia yang Maha Mendengan lagi Maha Berkuasa menentukan segalanya. Hari demi hari berlalu, keputusan UPSR telah pun diumumkan, selepas ini giliran PMR pula! Yuk, teruskan berdoa~

Insya-Allah, itu sahaja untuk dicoretkan kali ini. Mudah-mudahan coretan yang ringkas ini cukup untuk mengupdate iman kita di samping memuaskan hati para penyokong dan pendokong serta pengikut setia blog ini. Andai ada masa dan kesempatan, blog ini akan terus diisi dan dipenuhkan dengan post-post yang bermanfaat buat semua, insya-Allah.

*p/s: abang-abang dan kakak-kakak F5, bagaimana agaknya persediaan SPM ya ? Ganbatte J


Wassalam.

buku SPBT.

Tuesday, November 2, 2010 Category : 2

bismillahirrahmaanirrahim..

PERHATIAN!

kepada semua pelajar tingkatan tiga yang ada membuat pinjaman buku SPBT bagi sesi 2010 dan masih belum memulangkannya, sila berbuat demikian pada hari esok [RABU-3/11/2010] pada rehat kedua di hadapan bilik SPBT. untuk maklumat lanjut, boleh rujuk Ustazah Siti Faesa Mariam binti Musa dan berurusan dengan beliau.

harap maklum, terima kasih.

*p/s : jom teruskan solat hajat dan doa untuk kejayaan kita dalam PMR dan kelancaran agenda besar yang telah direncanakan.

**p/s: ingat, untuk menggapai najah yang suci, perjalanannya perlu suci. maka, dalam setiap urusan kita untuk agenda besar tu, mari sama-sama pelihara hati dan diri daripada mencemarkan kesucian perjalanan misi kita ya! May Allah bless.

:)

Belajar semula jom!

Sunday, October 17, 2010 Category : 3

bismillahirrahmaanirrahim.

perhatian!

insyaAllah, sesi pembelajaran subjek deeniyyah akan dimulakan pada hari esok.
walaubagaimanapun, subjek yang akan dipelajari esok masih belum diketahui.
tetapi subjek QTH akan dimulakan semula esok.

justeru,

esok, Isnin 18 Oktober 2010..
antum semua diminta membawa
buku sirah dan hadis berserta Al-Quranul kariim.

segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.
tolong sebarkan.

harap maklum.

I.M.P.O.R.T.A.N.T

Wednesday, October 13, 2010 Category : 0

semua warga banin G14,

esok bersamaan 14\10\10 anda dikehendaki memakai baju sukan dari rumah dan membawa "but" untuk perlawanan bola antara kelas.balik kol 4. - arahan guru pep tercinta -

Selamat hari jadi kpd rakan seperjuangan kita iaitu Muaz (3 Intisor).Pada 13\10\10 beliau telah genap 15 tahun.Semoga Allah sentiasa merahmati beliau dan memanjangkan umur beliau agar beliau sempat bertaubat.

. Penting . Important . Muhimmum .

Category : 0

Perhatian kepada WARGA G 14


Antum dijemput untuk membawa kuih-muih @ makanan ringan untuk memeriahkan lagi majlis kesyukuran pada Jumaat ini. Dijemput kepada semua untuk turut hadir. Segala kerjasama antum amat dihargai.

Terima Kasih.

p/s : Usah berhenti solat hajat, bacaan Yaa Sin dan amalan sunat walaupun PMR sudah pun tamat. Terus bermohon kepada Sang Pencipta agar impian menjadi kenyataan!

" Ya Allah, kurniakanlah yang terbaik buat kami di sisiMu.. "

updated.

Tuesday, October 12, 2010 2


batch14@jamuan raya 2010.

===

alhamdulillah.
PMR tamat.

batch14 mengucapkan terima kasih seluas lautan kepada semua yang bagi sokongan secara langsung@tidak, yang mendoakan, yang sentiasa cakap,"good luck, good luck, all the best ! buat betulbetul." sepanjang PMR berlangsung.

guruguru form3, bukan guruguru form3, guru PEP (ustazahFatimah) yang sentiasa beri nasihat+pedoman.

seniorsenior batch13+batch12 yang setia beratur kat tepi sambil bagi semangat. terima kasih batch12 untuk kad warnawarni dan sangat sweet.
["ucandoit!!"]

adikadik batch16 yang siap buat persembahan+kad besarbesar.
["winners do not do different things, they do things differently." + banyaaakk lagi.]

alumni x-gen khususnya, jazakumullah atas kad yang diberi. sangat terharu.
["all the best+never give up, ALLAH is always with us."]
inshaAllah.

makcik cleaner+makcikpakcik kantin yang prihatin bagi semangat.
["buat baikbaik. makcik doakan yang terbaik untuk semua."]

semua warga Hidayah yang sentiasa mendoakan.
JAZAKUMULLAH.
semoga DIA balas segala jasa baik kalian di akhirat kelak.
inshaAllah.

===

batch14,
selamat memanfaatkan masamasa yang ada.
yuk cari dana untuk lawatan !
* J A N G A N ponteng sekolah lepas dah habis PMR ye kawankawan.
kena bekerja untuk lawatan.
ok ?
semua bagi kerjasama, segalanya inshaAllah senang samasama.

"bersama kita mengejar mimpi, menuju satu cita sejati, menggapai seribu impian, yang kita bina bersamasama."
[kembali-nowseeheart]

gambar jamuan raya ; more@picasa.

batch14@jamuan raya 2010

Jadual Hari Isnin Pd Bulan Ramadan

Sunday, August 15, 2010 0

Intisor: Mat,Bi,Sci,Bm,Bak,Pi

Istiqamah: Geo,Sej,Bak,Bi,Pi

Itqan: Mat,Sci,Bm,Sej,Sci,Geo

Ittifaq: Sci,Bm,Pi,Bak,Bi

Coretan Buat G14...

Friday, August 13, 2010 1

Duhai pejuang muda,
Bangkitlah kalian dari lena,
Masa bertempur sudah bermula,
Bersiap sedia mengangkat senjata,
Bersama buku dan mata pena,
Disulam semangat penuh membara,
Seiring berjalan ke puncak jaya,
Merealisasikan harapan dan cita-cita,
Membuktikan pada semua,
9A dlm genggaman kita.

Tapi ingatlah wahai pejuang,
Jalan ke puncak tak pernah senang,
Ombak badai pasti menghalang,
Namun kita bukan seorang,
Tak perlu takut, usah tumbang,
Jangan sekali undur ke belakang,
Melangkah bersama menggapai bintang,
Mencipta sejarah penuh gemilang,
Hadiah buat insan tersayang.

Wahai teman seperjuangan,
Ayuh bersama mencoret kecemerlangan,
Berganding tahu menggenggam tangan,
Kau bengkok aku luruskan,
Aku jatuh, kauangkatkan,
Demi mencapai satu impian,
GPK 1.34 jadi kenyataan.

Generasi muda bumi hidayah,
Ingatlah bahawa kita abdillah,
Butuh petunjuk juga maghfirah,
Satu misi, satu jemaah,
Di dunia peroleh najah,
Di sana melangkah ke jannah,
Moga kita mendapat mardhatillah.

studython

Friday, July 30, 2010 0

Studython Tingkatan Tiga.
Batch 14 Sekolah Menengah Islam Hidayah.



MPBersama.

Sunday, July 18, 2010 1


Malam Pecutan Bersama| Batch14
17-18 Julai 2010| Jumaat-Sabtu
Sekolah Menengah Islam Hidayah

alhamdulillah..
program pertama yang diletakkan dibawah batch sendiri. diuruskan oleh batch sendiri. alhamdulillah..
segalanya lancar. segalanya dipermudahkan.

semoga sekembalinya kita dari program ini, ditanamkan semangat baru, azam baru, untuk menjadi seorang yang baru.
bersama-sama memecut. segalanya bersama-sama.
kerana yang ingin berjaya itu kita bersama. kita semua.

ingatlah janji ALLAH;
"stay in unity, and ISLAM will win."
[3 : 103]


ingat, kita 1 badan. sorang sakit, semua akan rasa sakit. sorang gagal, semua akan gagal.
tapi tak bermakna bila sorang berjaya, semua berjaya.
kerana kejayaan itu perlu bayaran. bayaran dari semua yang inginkannya.
bukan percuma. bukan percuma.

maka, ayuh,
bangkit, pecut, berlari,
BERSAMA,
demi kejayaan BERSAMA !

firdaus; ku berlari



Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..



:)

Jadual Kelas Tambahan

Friday, June 11, 2010 0

..::bismillah::..


Hari Rabu

intisor: Math,Sci,Bak

itqan: Sci,Bak,Bi

istiqamah: Bi,Bak,Sci

ittifaq: Sci,Math,Bak



Hari Khamis

sama-sama kita pergi Kem Sejarah..



Hari Jumaat

intisor: Bak,Geo

itqan: Geo,Bak

istiqamah: Geo,Bak

ittifaq: Bak,Geo



HARAP SEMUA DAPAT HADIR

"unite as one,together we succeed"
G14=)


Jadual Kelas Tambahan 3 INTISOR..

Wednesday, June 9, 2010 3

Assalamualaikum..

Kepada Intisorers..
Bagi sesiapa yang belum dapat info tentang kelas tambahan..
Ni jadual kelas tambahan yang akan diadakan pada hari Rabu (16/06/10)- Jumaat (18/06/10):

Rabu (16/06/10): Mathematic, Science, Bahasa Arab
Khamis (17/06/10): Kem Sejarah
Jumaat (18/06/10): Bahasa Arab, Geografi

Bagi sesiapa yang belum tahu..
Harap maaf di atas kesulitan yang dihadapi..
Ana lupa nak bagi tahu masa kat kelas..
Sori sangat..

Dan bagi yang sudah dapat info ini..
Mohon kerjasama agar disampaikan kepada Intisorers yang lain..
Kerjasama antum amat ana hargai..
Syukran..

-KK-
Intisor '10

Respon untuk Pembaikan

Tuesday, June 8, 2010 1



P e r h a t i a n !

memandangkan sewaktu MTT tiada sesi resolusi atau muhasabah, dan tiada pula borang muhasabah diedarkan untuk diisi, maka bagi mempermudah urusan ustazah Norhidayati untuk membuat laporan serta memastikan mukhayam seterusnya lebih mantap, ana minta jasa baik semua peserta untuk memberi respon antum di blog ini dengan dua cara;

1) di facebook ustazah norhidayati zulkafli
2) di post ini

sila respon tentang setiap aspek.

moga Allah berkati antum semua, kerana sudi membantu ustazah menghasilkan laporan yang terbaik.
diharapkan komen dan respon yang diberi mampu menjadikan mukhayam seterusnya lebih baik.

jazakumullahu khairan kathira.

sekian,
generasi empat belas.

Misi Kita Bermula!

4

bismillahirrahimanirrahim, how are you guys?

alhamdulillah, MTT telah berjaya kita harungi dengan cekal dan sabar. meskipun ada kepahitan yang terpaksa ditelan, namun fikirkanlah tentang kemanisan yang digenggam. insyaAllah, every cloud has silver lining because Allah knows the best for us. right?

okay, ingat kawan-kawan.

janji yang ditabur perlu ditepati. bukan sahaja janji dengan fasilitator dan ustaz ustazah pada sesi bermesraan malam terakhir yang lalu sahaja, tapi harus diingat! kita juga telah berjanji dengan Allah bila kita mengungkap kalimah syahadah. pabila janji dengan Allah ditepati, sudah tentu janji dengan manusia beres. setuju?

ini reformasi yang perlu dilakukan dalam batch kita, batch 14 kalau kita betul-betul nak penuhi target sekolah dalam PMR dan bersihkan nama batch kita.

1) penggunaan kata ganti nama diri ; tiada lagi kau-aku/kita-awak/korang-diorang
, sebaliknya ana-anta/anti-antum/antunna.
2) katakan tidak kepada mencarut
3) say no to couple and ikhtilat
4) hormat everybody ; parents, teachers, seniors, juniors, and friends.
5) be discipline and serious!

the most important thing is,
hablu minallah hablu minannas.

KITA PERLU BERUBAH!

=============================================================================

misi seterusnya, projek GPK 1.34 PMR 2010.

kepada semua MT dan fasi subjek, sila jalankan tugas anda sebaiknya.
buat yang lain, tolong beri komitmen terbaik. sekiranya ada program yang disusun, hadirkan diri anda.

organisasi projek GPK 1.34 PMR 2010 ;

ketua ; Muhammad Irsyad Zainal Abidin
timbalan ; Faten Nadhirah Muhammad Fauzi
setiausaha ; Muhammad Qawwim Muhamad Nassir / Nurul Raudhah Zulkifli
bendahari ; Nur Azfar Norhisham / Mardhiyyah Norazan

ketua fasilitator ; Farid Rahman Hadi Hadi Nur / Nur Raihana Zakaria

fasilitator subjek ;

bm ; Muhammad Adib Fikri Ujang / Nur Arisha Azhar
bi ; Sayyid Muhammad Al-Hadad Syed Helmi / Siti Sarah Fatihah Amran
ba ; Nik Muhammad Abir Al-Islami Nik Muhammad Azam / Nur Syahirah Ab Rahman

sej ; Habiburrahman Al-Hijazy / Wan Nurul Liyana Wan Yusoff
geo ; Zulfaqar / Solehah Khairuddin
scs ; Mohd Hafiz Jaim / Fathin Diyanah Sharudin
maths ; Ahmad Faris Ahmad Zamri / Afiqah Ismail

khb ; Azwar / Maisarah Kursus @ Othman
pi ; Muhammad Saajid Nazhif Md Amir / Nurul Fathiah Mohamed Fauzi

p/s :
1) kepada semua fasilitator subjek, sila serahkan nota-nota yang telah disiapkan kepada ketua fasilitator selewat-lewatnya pada 22 Jun 2010. banin kepada ketua fasi banin dan sebaliknya.
2) kepada semua warga batch 14, sila bayar RM10 kepada bendahari batch 14 sewaktu kelas tambahan untuk urusan nota-nota PMR dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. banin kepada bendahari banin dan sebaliknya.
3) kepada semua warga batch 14, jangan lupa untuk hadirkan diri anda semasa kelas tambahan bermula pada hari rabu (16 Jun 2010) sehingga jumaat (18 Jun 2010). untuk jadual, rujuk ketua kelas masing-masing.

======================================================================

diharapkan, kita semua akan menjadi individu baru selepas ini. dengan identiti yang sama namun personaliti yang berbeza. tiada lagi perkataan kau/aku yang kasar bunyinya, tiada lagi carutan yang buruk bunyinya, tiada lagi yang tak baik dalam batch kita. sebab kita ingin batch 14 menjadi yang terbaik!

ya, perubahan sukar dilakukan secara drastik, kerna itu.. istiqamahlah dalam melakukan perubahan dan pembaikan agar perubahan itu bisa dikekalkan. bukan hangat-hangat tahi ayam.

oh ya, jangan habiskan masa cuti antum dengan perkara yang lagha. manfaatkannya, cuti ini bukan selalu, hargailah cuti dengan kegiatan yang memberi pahala. ;) have a nice holiday!

sentiasalah ittifaq dalam berkawan, itqan dalam melakukan pekerjaan, istiqamah dalam amalan agar intisor yang dicapai berkekalan. di dunia dan di akhirat sana. amiin.

insyaAllah itu sahaja,
yang baik itu datangnya dari Allah,
dan yang buruk datangnya jua dari Allah menerusi kelemahan diri.

BATCH 14 , MUMTAZ !!

sekian,
generasi empat belas.

tenteraALLAH.

Monday, June 7, 2010 9

*entry ini sangat panjang, maaf andai susah untuk dibaca. hanya perkongsian yang ingin dijadikan pengajaran :)

Mukhayyam Tingkatan Tiga 2010.
( MTT 2010. )

@
4 Jun - 6 Jun 2010.
Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor

TAMMAT. *alhamdulillah.

alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah.
subhanallah subhanallah subhanallah.
ALLAHU AKBAR !

tahniah pada pelajar Tingkatan Tiga 2010 a.k.a ahli Batch14 Sekolah Menengah Islam Hidayah,
kerana berjaya menamatkan 'latihan ketenteraan' baru-baru ini dengan jayanya.
kepada yang tak dapat pergi, jangan bersedih, semoga DIA izinkan pergi untuk tahun depan.
:)

semoga segala yang diberi, dapat diambil dan dipraktikkan dalam kehidupan harian sekaligus dapat disebatikan dalam diri agar menjadi tiket ke SyurgaNYA nanti, insyaAllah.

ingatlah,

Sesi Bemesra Bersama Fasi dan Pegawai malam terakhir yang sangat istimewa tu.

jangan ingat nyamuk yang mengigit waktu tu.

jangan ingat bulan mengambang penuh yang cantik tu.

jangan ingat dua batang lilin yang menerangi ketika tu.

tapi,

ingat, hayati, kesankan dalam hati,

kritikan tegas, komen ikhlas, marah sayang, yang kita terima malam tu.

tak semua dapat menikmati 'keindahan' sesi tu. hanya yang terpilih.tahniah, anda terpilih.

maka, jangan sia-siakannya.

ingatlah,

segala IKRAR JANJI yang kita sama-sama lafazkan saat tu.

kerana berjanjiberikrar kita dengan bersaksinya fasi, pegawai dan yang pasti, ALLAH.

DIA jadi saksi terhebat kita.

jangan ingkar. jangan mungkiri IKRAR JANJI tu.

jangan cabar DIA dengan melanggar IKRAR JANJI itu.

jangan mengundang kemurkaan DIA.

ingatlah,

tahun ini tahun dahsyat.

dahsyatnya cabaran si PMR yang bakal kita tempuhi nanti.

jadi, usaha JIHADnya juga perlu dahsyat.

maka, tinggalkan segala dosa dahsyat yang pernah kita lakukan.

tapi, jangan tinggalkan sekadar tiba PMR, berusaha dan berdoa agar terus istiqamah
PERUBAHANNYA.

kerana, siapa yang kena berubah ?
KITA.

selamat berjuang untuk PMR.

insyaAllah, semoga diberi nafas baru dengan lahirnya seorang yang baru.

semoga diberi nyawa untuk berkumpul lagi dalam 'latihan ketenteraan' tahun hadapan.

berharap pada 'latihan ketenteraan' tahun depan, jangan diadakan lagi Sesi Bemesra seperti

tahun ini. jangann. ambil iktibar. jadikan pengajaran.

"kerna orang beriman tidak melakukan kesilapan berulang kali"
[kedamaian-brothers]

sekalung apresiasi kepada,

para Pegawai,

Tuan NorKamarul Kalam , Tuan Masdinizam, Tuan Iswan, Tuan Kasmuri

Puan Norhidayati, Puan Juhanita, Puan Normely, Puan Faesa Mariam dan Puan Norizah.

sur Fasi,

Pegawai Waran I Wan Abdul Rahman, Pegawai Waran II Zahin, Staf Sarjan Khair, Sarjan Huzaifah, Staf Sarjan Haqqul Yaqin, Sarjan 'Asim, Sarjan Aminuddin, Lans Koperal Zikri

Staf Sarjan Syazwana, Staf Sarjan Khadija, Staf Sarjan Nabilah, Staf Sarjan Fitriyyah, Sarjan Qarirah, Sarjan Atiqah.

sedikit gambar ;
kumpulan 1 banin dan banat.


kumpulan 2 banin dan banat.


kumpulan 3 banin dan banat.


kumpulan 4 banin dan banat.


kumpulan 5 banin dan banat.


kumpulan 6 banin dan banat.


sisipan gambar aktiviti rakit;


penerangan ringkas dari PakRawi The RakitMan. :)
terima kasih pakRawi.

kumpulan terawal banin yang tiba.

ini sahaja gambar yang rasanya sesuai dikongsi.
lebihannya di Facebook Puan NorHidayati Zulkafli.

Powered by Blogger.