> > Wajah baru.

Wajah baru.

Posted on Friday, November 19, 2010 | 1 Comment

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dengan izin dan pertolongan Dia..

inilah wajah baru blog Generasi 14 Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Harapnya, wajah baru ini mampu memberi sinar baru buat Batch14 dan seisinya.

Baiklah, pertama-tamanya jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang tidak henti-henti memberi sokongan dan dorongan kepada kami agar kami terus mengemaskini blog kami ini.

Jazakumullahu khairan kathira. Barakallahu fikum.

Kedua, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai selama ini kami kurang memberi komitmen yang baik dalam pengurusan blog ini. Insya-Allah, kami akan berusaha untuk lebih rajin dan efektif dalam menguruskan dan mengemaskini blog ini buat tatapan anda semua.

Seterusnya, mungkin masih belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kita semua mampu untuk menghayati erti pengorbanan yang sebenar dan mengaplikasikan dalam kehidupan kita sehari-hari. Ketahuilah bahawa sesungguhnya pengorbanan itu ialah usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas. Benar, pengorbanan secebis jihad, terkadang meruntuh jiwa, mencubit rasa, pedih di hati terasa. tapi ingatlah, kita mujahid dan mujahidah ALLAH. Nabi Allah – Ibrahim dan Ismail pun sanggup berkorban demi menurut perintah Sang Pencipta, kita ? Mudah-mudahan, dengan pengorbanan yang kita lakukan di dunia, bertambahlah jua saham kita di akhirat sana bagi memberatkan timbangan kita dan mempermudah perjalanan kita ke syurga. Insya-Allah, amiin.

Pesanan buat seluruh Batch14 SMIH khususnya dan para pengunjung amnya, manfaatkanlah waktu cuti ini dengan sebaik-baiknya. Janganlah mencampakkan diri kita ke dalam golongan orang-orang yang rugi seperti yang Allah katakan dalam kitabNya yang agung. Teruslah kemudi hati kita, pupuklah iman, didik dan perangilah nafsu ; agar sekembalinya kita ke madrasah, kita mampu menjadi orang baru – tentera Allah yang memburu Jannah!

Dan, usah lupa untuk terus berdoa dan bertawakkal kepada yang Maha Esa. Berdoalah agar hati penanda-penanda kertas soalan kita lembut, dan mudah bagi mereka menanda kertas soalan kita, dan mudah juga bagi mereka memberikan markah yang cemerlang untuk kita. Pinta dan pohonlah kepada Allah, Dia yang Maha Mendengan lagi Maha Berkuasa menentukan segalanya. Hari demi hari berlalu, keputusan UPSR telah pun diumumkan, selepas ini giliran PMR pula! Yuk, teruskan berdoa~

Insya-Allah, itu sahaja untuk dicoretkan kali ini. Mudah-mudahan coretan yang ringkas ini cukup untuk mengupdate iman kita di samping memuaskan hati para penyokong dan pendokong serta pengikut setia blog ini. Andai ada masa dan kesempatan, blog ini akan terus diisi dan dipenuhkan dengan post-post yang bermanfaat buat semua, insya-Allah.

*p/s: abang-abang dan kakak-kakak F5, bagaimana agaknya persediaan SPM ya ? Ganbatte J


Wassalam.

Comments:1

Unknown said...

result PMR pula.dupdapdupdap.

Powered by Blogger.