> setaraJOHOR

setaraJOHOR

Posted on Saturday, May 22, 2010 | No Comments

hampir bertemu kita dengan setara.

hampir tiba waktu jihadnya kita bersama.

tidak perlukan pedang atau anak panah untuk berjaya.

hanya sebatang pensil, pemadam dan doa menjadi senjata.


belajar-belajar juga, solat, tilawah, hafazan dan segala perintahNYA jangan sampai lupa.

andai terlupa ketika menjawab peperiksaan, berdoalah pada DIA supaya dipermudahkan segala.

tapi, tidakkah malu seorang pemilik hati yang kotor dengan calitan dosa memohon pertolongan dari

ALLAH

kerana dalam saat-saat genting itu ?


"Dan apabila hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (beritahu mereka), sesungguhnya AKU (ALLAH) adalah dekat. AKU memperkenankan permohonan mereka yang berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKU (dengan mematuhi perintahKU) dan hendaklah mereka beriman kepada KU supaya mereka menjadi baik dan betul."
[alBaqarah : 186]


maka,
sama-sama pelihara hati.

sama-sama sucikan jiwa.

moga tidak termasuk dikalangan hamba derhaka yang hanya berdoa meminta dari DIA bila tiba waktu
sukarnya sahaja.

insyaAllah, semoga berjaya !

Powered by Blogger.