> > Sahabat Terhebat

Sahabat Terhebat

Posted on Wednesday, June 8, 2011 | No Comments

Kuimpi sahabat terhebat
Namun kusedari bahawa diri ini perlu memulakan
Bukanlah sepatutnya mohon orang berkorban kuat
Tetapi diri ini yang perlu awalnya dikerahkan

Persahabatan bukan hanya wujud di dalamnya manusia dan manusia
Bahkan Pencipta Manusia juga ada dalam hubungan
Sebagai pengikat dan paksi kepada dua insan
Agar yang memandu hubungan itu adalah keimanan
Bukan nafsu dorongan syaitan

Sahabat terhebat hanya akan muncul
Tatkala takrif pengorbanan difahami
Apakah kita akan menjadi yang menerima,
Atau kita mahu mengejar menjadi pemberi?

Dijanjikan untuk sahabat terhebat itu syurga
Atas pertemuan dan perpisahan yang dilakukan itu hanya keranaNya
Sahabat terhebat itu adalah yang mewujudkan Allah dalam kehidupan sahabatnya
Bersungguh-sungguh berusaha memberikan sahabatnya kejayaan abadi selama-lama

Ramai tidak mampu
Kerna tidak mahu berkorban
Tidak berani melakukan langkahan
Sebab itu ganjaran di atas jalan ini mahal

Aku mahu menjadi sahabat yang terhebat
Tidak peduli apa sahabatku mahu beri,
Aku hanya peduli perkiraan Ilahi
Aku kepada dia adalah tanggungjawab aku kepadaNya,
Manakala dia kepada aku, itu antara dia dan Dia

Oh Sahabat yang terhebat,
Siapakah yang memahaminya,
Rata-rata hanya tahu bermimpi
Tetapi tidak mahu melaksanakannya

~Hilal Asyraf~

Powered by Blogger.