Hai, Alumni!
Posted on Friday, December 14, 2012
|
No Comments
In the name of Allah.
Terasa baru semalam menjejak ke alam persekolahan . |
Bilik sedang sunyi. Anda sedang seronok berkicau dan me'naikkan-tarikh' (baca : update) MukaBuku dan blog yang sudah berhabuk itu. Tok,tok,tok. Bunyi tingkap bilik diketuk. Anda menoleh. Tiada sesiapa. Kelihatan seekor burung gagak hitam sedang bertenggek di dahan pokok mangga. Huh, anda kembali berkicau.
Tok,tok,tok. Sekali lagi tingkap bilik anda diketuk. Kali ini lebih kuat. Anda menoleh sekali lagi. Tiada sesiapa. Perlahan-lahan, anda bangun dan menuju ke tingkap. Anda membuka tingkap itu, luas. Anda menjenguk sekeliling. Tiada sesiapa.
Anda baru sahaja hendak berpusing ke belakang, mahu kembali menghadap kotak hitam yang jahil jenama Sony Vaio. Tiba-tiba...
" Suprise! Selamat Datang, Alumni! "
Anda terkejut lalu melompat tinggi bagai katak puru . Segerombolan manusia berdiri di hadapan tingkap anda, tersenyum senang sambil melambai-lambai riang. Aduhai..
Anda terkejut lalu melompat tinggi bagai katak puru . Segerombolan manusia berdiri di hadapan tingkap anda, tersenyum senang sambil melambai-lambai riang. Aduhai..
Hehe. Okey, itu sekadar satu peristiwa yang agak mustahil untuk berlaku. Kalau berlaku, pasti ia akan masuk surat khabar. Eh.
Apapun, saya juga mahu mengucapkan Selamat Datang, Alumni buat anda! Tak sangka, ya, kita sudah bergelar alumni. Rasanya baru semalam menjejakkan kaki ke tadika. Huh, cepat sungguh masa berlalu.
Bercakap tentang alumni, lebih-lebih lagi mereka ( atau lebih tepatnya kita) yang baru melepasi SPM, pasti terbayang tempoh cuti yang panjang. Nak buat apa,ya? Hmm...
" Ana nak ambil lesen. "
" Ana nak pergi PLKN. "
" Ana nak join program R2_ . "
" Ana nak ambil STAM. "
" Ana nak fly cepat-cepat. "
" Ana nak kerja. "
" Ana nak duduk diam-diam kat rumah, tolong parents. "
" Ana nak buat bisnes. "
" Ana nak join team majalah Inspirasi. "
Dan macam-macam lagi 'ana nak..' . Apa pun, pastikan anda merancang 'percutian' anda ini dengan perkara yang berfaedah. Jangan lupa untuk masukkan sekali amalan seperti ber-solat jemaah ,bertilawah, berqiamulail, berpuasa sunat dan ber-dhuha ke dalam list perancangan anda itu. Bercuti sebagai pelajar lepasan SPM tidak bermakna kita bercuti sebagai hamba Allah , kan?! So, di samping update status di MukaBuku itu, sering-seringlah meng-update hubungan kita dengan Allah..
Apapun, moga cuti anda kali ini menjadi peluang untuk anda memperbaiki diri menjadi insan yang lebih hebat. Dan, apa salahnya, kalau sesekali datang semula ke sekolah untuk membantu apa yang patut. Pasti, guru-guru akan tersenyum senang!
Kembalilah ke sekolah untuk menabur bakti seketika walaupun tiada banner ini .. |
Akhirulkalam, selamat menempuh cabaran sebagai alumni. Ingat, kita bukan alumni yang biasa-biasa, tetapi, kita Alumni Hidayah yang luar biasa . Senyum.
Post a Comment