Time

Friday, February 8, 2013 0



بسم الله الرحمن الرحيم
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.(3)
(Al-Asr : 1 - 3 )








Hai, Alumni!

Friday, December 14, 2012 Category : 0


In the name of Allah. 

Terasa baru semalam menjejak ke alam persekolahan .

Bilik sedang sunyi. Anda sedang seronok berkicau dan me'naikkan-tarikh' (baca : update) MukaBuku dan blog yang sudah berhabuk itu. Tok,tok,tok. Bunyi tingkap bilik diketuk. Anda menoleh. Tiada sesiapa. Kelihatan seekor burung gagak hitam sedang bertenggek di dahan pokok mangga. Huh, anda kembali berkicau. 


Tok,tok,tok. Sekali lagi tingkap bilik anda diketuk. Kali ini lebih kuat. Anda menoleh sekali lagi. Tiada sesiapa. Perlahan-lahan, anda bangun dan menuju ke tingkap. Anda membuka tingkap itu, luas. Anda menjenguk sekeliling. Tiada sesiapa. 

Anda baru sahaja hendak berpusing ke belakang, mahu kembali menghadap kotak hitam yang jahil jenama Sony Vaio. Tiba-tiba... 

" Suprise! Selamat Datang, Alumni! "

Anda terkejut lalu melompat tinggi bagai katak puru . Segerombolan manusia berdiri di hadapan tingkap anda, tersenyum senang sambil melambai-lambai riang. Aduhai.. 

Hehe. Okey, itu sekadar satu peristiwa yang agak mustahil untuk berlaku. Kalau berlaku, pasti ia akan masuk surat khabar. Eh. 

Apapun, saya juga mahu mengucapkan Selamat Datang, Alumni buat anda! Tak sangka, ya, kita sudah bergelar alumni. Rasanya baru semalam menjejakkan kaki ke tadika. Huh, cepat sungguh masa berlalu. 

Bercakap tentang alumni, lebih-lebih lagi mereka ( atau lebih tepatnya kita) yang baru melepasi SPM, pasti terbayang tempoh cuti yang panjang. Nak buat apa,ya? Hmm... 

" Ana nak ambil lesen. " 

" Ana nak pergi PLKN. " 

" Ana nak join program R2_ . " 

" Ana nak ambil STAM. " 

" Ana nak fly cepat-cepat. " 

" Ana nak kerja. " 

" Ana nak duduk diam-diam kat rumah, tolong parents. " 

" Ana nak buat bisnes. " 

" Ana nak join team majalah Inspirasi. " 

Dan macam-macam lagi 'ana nak..' . Apa pun, pastikan anda merancang 'percutian' anda ini dengan perkara yang berfaedah. Jangan lupa untuk masukkan sekali amalan  seperti ber-solat jemaah ,bertilawah, berqiamulail, berpuasa sunat dan ber-dhuha ke dalam list perancangan anda itu. Bercuti sebagai pelajar lepasan SPM tidak bermakna kita bercuti sebagai hamba Allah , kan?! So, di samping update status di MukaBuku itu, sering-seringlah meng-update hubungan kita dengan Allah..

Apapun, moga cuti anda kali ini menjadi peluang untuk anda memperbaiki diri menjadi insan yang lebih hebat. Dan, apa salahnya, kalau sesekali datang semula ke sekolah untuk membantu apa yang patut. Pasti, guru-guru akan tersenyum senang!

Kembalilah ke sekolah untuk menabur bakti
seketika walaupun tiada banner ini .. 


Akhirulkalam, selamat menempuh cabaran sebagai alumni. Ingat, kita bukan alumni yang biasa-biasa, tetapi, kita Alumni Hidayah yang luar biasa . Senyum. 

Hadiah Yang Spesel!

Friday, March 2, 2012 Category : 0



assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH kita membaca...

Suka tak kalau kita diberi hadiah yang saaaaaaangat spesel daripada orang yg kita sayangi???

Boboi: adik, abg ada hadiah utk.Boy: yeke?Boboi: hadiah yg saaangat spesel. buat adik tersayang.Boy: (>o<) mane mane mane *excited*Boboi: tu kat sane.. kotak warna merah yg cantik, dibaluti dengan riben emas yg berkilat2 dan berbau wangi bak kasturi..Boy: waaaaaaaaahhh! gila osem!!

Sudah tentulah kita suka hadiah yg sebegitu rupa, kan?? haa!

Begitulah juga dgn KAUM HAWA! Kaum Hawa yg terdiri drpd wanita, perempuan, pemudi, gegirl, lady, female dll merupakan figure yg sangat cantik ciptaannya dan 'berselera' dipandang sehinggakan Allah menjadikannya PERHIASAN di dunia. Tak percaya?!

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yg diinginkan berupa perempuan2, anak2, harta benda berupa emas dan perak, hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempak kembali yg baik." (3:14)

Maka, dgn sebab itulah Allah menyuruh wanita menutup AURAT mereka. Apakah?? Aurat ?? Aurat adalah bahagian yg wajib ditutup drpd pandangan org yg tak dibenarkan syarak. Lelaki pon ada tetapi wanita punyalah yg paling bahaya (serious! tak tipu!). 

“..Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya..(24:31)

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

Pernah tak terfikir kenapa Allah suruh wanita menutup AURAT?? Bukan Allah nak seksa, tidak sama sekali! Tetapi sebab Allah sayangkan mereka. Dengan mendedahkan aurat, cuba bayangkan perkara2 yg boleh terjadi. Banyak! Sangat banyak! (rasenyelah)

Wanita ibarat satu barang yg nak dihadiahkan. Kemudian ia DIBALUT dengan cantik sehingga menutup apa yg ada di dalamnya. Bila ia sudah dibalut maka terhasillah sebuah HADIAH drpd ALLAH kpd hambanya yg berjantina lelaki. Hanya menunggu masa yg sesuai. Itulah JODOH :) Bila sudah diberikan 'hadiah' itu kpd yg bertuah maka dia berhak utk membuka dan melihat dalamnya. Kita pon bersyukur kerana allah berikan hadiah yg tersangat spesel!! wow!!

Sebentar!! Ini bukan soal perkahwinan tau! TAPI nak beritahu bahawa betapa speselnya wanita!

Oleh itu, Kaum Hawa yg masih tidak menutup aurat di luar sana, anda tidak terlambat selagi pintu taubat masih terbuka!! Sayangilah HARGA diri anda!! :)

Sadaqallahul'azim..
Wallahua'lam..

Powered by Blogger.