> IBU @ paSaNGAn??>>(luahan anak yatim)

IBU @ paSaNGAn??>>(luahan anak yatim)

Posted on Friday, March 13, 2009 | No Comments

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma... Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan .. Ibu

Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu Bila berjaya ...
Aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal ...
Aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia ...
aku peluk erat pasanganku Bila berduka ...
aku peluk erat ibuku Bila nak bercuti ...
Aku bawa pasanganku Bila sibuk ...
Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu...... ..
Aku ingat pasanganku Selalu.....
Ibu ingat kat aku Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku Entah bila....
Aku nak talipon ibu Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila.....
Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan :- "Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah" Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.

Powered by Blogger.